.

Selasa, 28 Julai 2015

Homemade Nugget...




Cuba teka, apa jenis makanan yang aku buat kat atas tu? Hehehe...Namanya, nugget homemade. Dek banyak sangat cerita-cerita tak best pasal nugget segera, jadi satu hari aku gigihkan diri buat sendiri. Taklah payah mana, cuma takut-takut tak menjadi je hahaha.

Memandangkan kakak aku kata tak bagus guna ayam kisar segera yang ada kat pasaran tu (sebab bercampur dengan lemak), jadi aku gunakan isi bahagian dada ayam. Gigihlah potong dadu kecil sebelum dikisar halus.

Bahan lain ikut suka sebenarnya, untuk pertama kali cuba ni. Aku gunakan bahan mudah je, daun bawang, kepingan cheese, telur, lada hitam, gula, garam dan sedikit bawang merah yang dicencang halus. Memang senang je membuatnya, campur semua bahan dan gaul sebati.

Ada orang, dia buat versi kukus dulu baru digoreng. Aku pulak, memandangkan kaya zat 'M', makanya aku terus je terjunkan adunan dalam kuali dengan minyak penuh. Rupanya ada akan-akan cekodok berbentuk bujur. Kalau versi kukus tu bolehlah potong 4 segi, nampak la cantik sikit.

Sorry ye, gambar versi dah siap goreng tak sempat snap. Siap goreng je masuk mulut, memang juicy, ranggup di luar, lembut di dalam. Memang puas hati, tapi next time aku nak campak hirisan cili padi. Baru best sikit.

Khamis, 9 Julai 2015

Tolong aku, banyak sawang kat sini...

Ya Allah, lama gila blog ni terbiar. Tak tahulah apa yang aku sibukkan, sampai tak ada masa langsung nak mengarang di sini. Maafkan aku ye teman-teman yang masih setia masuk ke sini. Sebenarnya, setiap hari aku cuba untuk meninggalkan beberapa baris catatan di sini. Sayangnya, itu tak terjadi. Ada saja halangannya, terutama sekali dek kekangan kerja.

Mungkinkah sudah waktunya aku berhenti menulis di sini? Sedang gigih memikirkannya.  Sambil berharap ada keajaiban datang membantu, sebut saja dalam hati automatik sudah tercatat di sini (sigh). Agaknya masa ke depan ni, akan wujudkah teknologi canggih macam tu?

Aku cukup kagum dengan teman-teman blogger yang begitu rajin post entry mereka setiap hari. Dengan cerita-cerita sangat menarik dan menghiburkan. Belum lagi koleksi gambar yang menggoda jiwa (khususnya blogger masakan macam Mat Gebu tu..., atau Ben Ashaari yang selalu ada saja cerita bersahaja pasal anak-anaknya yang comel). Oh, bilakala agaknya aku akan serajin dan setekun mereka???

Ok2...Aku tak nak lagi berjanji untuk merajinkan diri, tetapi aku akan cuba. Ye, cuba merajinkan diri sebaik mungkin. Tak nak lagi guna alasan sibuk kerjaan, sibuk itu ini untuk tutup 'kelemahan diri' yang tak mampu berblog dengan tekun...hehehehe!

Terima kasih ye kawan-kawan, setiap hari ada saja yang masuk ke sini. Ada juga yang rajin emel bertanya khabar ke mana hilangnya budak Snapsqueen nich! Sebenarnya selalu je aku update itu ini, tapi biasalah banyak sangat medium media sosial yang nak dilayan 'kan sampai blog ni terpinggir. Sungguh derhaka blogger sorang ni 'kan.

Baiklah, aku mohon berundur seketika. Harapnya akan muncul lagi post baru dalam waktu terdekat ini ye. Tolong doakan supaya aku rajin berblog macam kalian semua, ye ^_^


Sabtu, 4 Julai 2015

Majalah Jelita tetap mewangi di hati...

WAKTU aku mula-mula terbabit dalam dunia kewartawanan, aku sudah menyimpan hasrat untuk bekerja dan mengutip pengalaman di majalah ini. Ya, Majalah Jelita. Sekitar penghujung tahun 1990-2005 aku dapati ramai sekali penulis hebat di majalah ni. Gaya penulisan mereka cukup aku kagumi dan selalu teruja apabila membaca hasil tulisan mereka.

Tahun 2009, bagaikan mimpi bulan jatuh ke riba. Aku dipelawa editornya untuk menyertai team editorial yang diterajui ketika itu. Kak Emma Husin (Sarimah Husin) dan Kak Ani (Rohani Pak Wan Chik) memberi aku peluang keemasan itu.

Awalnya sedikit kekok, iya walaupun sudah ada pengalaman bekerja di suratkhabar dan majalah tetapi gaya kerja di Berita Publishing dan Majalah Jelita agak berbeza, selain ada house style penulisan mereka sendiri. Itu yang membuat aku 'paling kekok' dan tak betah pada awalnya. Beberapa kali aku ditegur Kak Ani (Pengarang Perunding Bahasa) dan Kak Emma (Pengarang Jelita) sebab banyak artikel bermasalah dengan house style (gaya bahasa) Majalah Jelita.

Hampir berbulan jugak nak biasakan diri dengan house style baru, sampai ada beberapa waktu aku rasa macam 'bodoh' dan tak pandai menulis. Beban tugas juga satu cabaran, sebab semua writer kena buat semua jenis ruangan. Part ni aku tak kisah sangat, sebab sambil menyelam boleh minum air. Banyak benda baru boleh belajar, kenal macam-macam jenis orang dan perangai.

Akhir 2013, setelah berfikir panjang dan semasaknya, aku buat keputusan untuk resign. Dalam keadaan masih sayang sangat pada Majalah Jelita dan kawan-kawan sekerja, aku bulatkan tekad untuk meneruskan langkah tanpa mereka. Secara detailnya tak perlulah aku cerita kot 'kan, cumanya nak beritahu aku resign secara baik, siap bagi notis 1/2 tahun supaya senang editor nak cari & latih writer baru.

Walaupun sudah keluar daripada team Majalah Jelita, sejujurnya aku masih sayang dan rindu. Team Majalah Jelita tetap menjadi keluarga besar di hati aku. Hinggakan beberapa bulan sebelum keluar berita besar/serius pasal Majalah Jelita, aku rasa macam mimpi. Sedihnya Tuhan saja Maha Tahu. Kawan-kawan di luar company pun heboh bercerita hal Majalah Jelita. AllahuAkbar, susahnya nak terima hakikat.

Akhirnya, 30 Jun 2015, sahihlah berita yang sampai di telinga aku. Sah, Majalah Jelita, Majalah Anjung Seri, MB dan beberapa majalah lagi diberhentikan operasinya. Dalam makna kata lain, Berita Publishing berhenti menerbitkan majalah-majalah ini atas faktor ekonomi (terutama cabaran GST).

Walaupun aku tak ada dalam situasi karyawan yang terpaksa berhenti kerja ketika itu, tetapi bagai cubit paha kanan...paha kiri tetap terasa sakitnya. Bagi aku, #MajalahJelita , setiap huruf dan susun atur di dalamnya berbaur pelbagai cerita.

Di sini, aku belajar berlari lebih laju, berguru dengan mereka yang sentiasa sudi mengajar melalui gaya dan caranya tersendiri. Belajar menjadi lebih dewasa, tekun, sabar dan lebih bercitarasa wanita. Di sini, sayang berputik, berbunga dan terus mekar di hati. Takkan layu sampai bila-bila, tetap cantik bergantungan di tangkai hati. InsyaAllah, semoga ada khabar baik kelak.