.

Isnin, 26 Januari 2015

Zamani yang aku kenali...

ADEK, itu panggilan kami (rakan media yang mengenali Zamani sejak awal kemunculan Kumpulan Slam sekitar tahun 90-an). Kenangan yang masih melekat dalam ingatan, tentunya pelancaran album mereka yang diadakan di Cherating, Kuatan, Pahang. Mungkin kerana ketika itu, kali pertama aku menjejakkan kaki ke pantai nan indah tu.

Waktu itu, Slam memang tengah hot. Peminat-peminat terutama perempuan akan terjerit-jerit kalau nampak kelibat mereka. Maklumlah, masing-masing tengah muda belia dan Adek tentunya paling menonjol. Vokalis memang lebih popular, itu biasa 'kan.

Adek yang aku kenali, cukup terjaga personalitinya. Bahasa dan pelakuannya santun. Senyum sentiasa menjadi teman setia walau sesukar dan sepanas mana soalan diasak rakan wartawan. Masih aku ingat, rombongan media bersama Slam ke Cherating disertai wartawan hiburan hebat dan otai. Aku pulak, baru dua tahun menjawat jawatan itu. Jadi, bertemu Slam yang cukup popular ketika itu tentunya satu pengalaman baru. Apatah lagi kali ni, lebih banyak waktu untuk kami (media) mendekatinya.

Sepanjang dua hari satu malam (seingat aku 'lah, dulu kalau ada event outstation macam tu biasa 2 hari 2 malam jek), kami ada ruang dan peluang untuk bertemu mereka. Banyak banyak soalan dan buat fotografi eksklusif. Sepanjang bertugas, jujur, aku sangat menyenangi sikap mereka sebagai public figure. Jenis tak banyak kerenah dan sempoi!

Tahun berganti, nyata sikap mereka tak banyak berubah terutama Adek. Boleh dikatakan, dia masih 'kekal' begitu. Lebih mengutamakan perasaan orang lain daripada diri sendiri. Lebih banyak 'menjaga' daripada mahu membela diri sendiri.

Tengok saja maklum balasnya dalam kes viralnya video dia menyanyi dengan tangan bergari ketika dalam tahanan polis.  Walaupun mengakui terkilan dan kecewa, tetapi dia tak 'naik hantu'. Sebaliknya, masih sudi memberi maaf kepada yang terbabit menyebarkan video itu. Padahal, maruahnya sudah tercalar dengan tersebarnya video tu dan dia lebih memilih memaafkan daripada menyimpan dendam di hati. Lebih hebat lagi, enggan mengambil sebarang tindakan demi menjaga periuk nasi orang lain (kalau orang lain aku rasa tentunya dah berlaku kes saman malu!)

Zamani yang aku kenali masih seperti kali pertama aku bertemunya. Masih sangat baik orangnya walaupun sejarah peribadinya terpalit dengan dadah.

Aku juga bersyukur, kerana dalam keadaan 'rahsia itu sudah terbongkar' masih ramai menyayangi dan mahu membantunya. Iya, seorang penagih dadah bukan penjenayah. Mereka ini seorang pesakit yang harus dibantu dan dirawat hingga sembuh, bukan dipalingkan muka dengan penuh kebencian juga rasa jijik.

Buat Adek, besar harapan aku agar semua yang terjadi sejak kebelakangan ini mampu memulihkan kembali semangatmu. Mampu membawa kau melangkah ke depan dan tinggalkan duka juga kesakitan masa lalumu. Mampu membuat jiwamu lebih tegar dari sebelumnya. Mampu membuka ruang lebih luas agar kau nampak sinar bahagia itu sentiasa menantimu. InsyaAllah. Aamiin.

Lagu kat bawah ni antara lagu Slam yang paling aku suka.

Jumaat, 16 Januari 2015

Dugaan diet...

HUISH, perkataan DIET senang je sebut. Sekali hembut je keluar, TETAPI nak merealisasikannya tu...Ampuh dech...Susah nak mampuS!!! Sebulan aku try jadi perempuan 'baik-baik', makan ala kadar asal perut tak kosong dan migraine gila menyerang. Sayangnya;-

  PEREMPUAN 

makluk yang takut gemuk tetapi kerjanya asyik makan...mengunyah. Aneh 'kan!!!


Aku salah seorang makhluk aneh tu. Nak badan slim bergetah, tapi baru diet 3 hari dah rasa macam nak Mati! Nak pulak time tengah hari (lunch time) gigih belek IG yang di dalamnya ramai yang gigih tempek gambar makanan sedap-sedap. Sampaikan, orang tempek roti selek sambal bilis pun perut aku boleh menggelupur kelaparan. Dodol!!!


Tolonglah aku korang wey...tolong doakan aku terus gigih. Aku masih dalam proses introduction, masih bertingkek-tingkek tahap diet sebenar yang aku kena redah ni. Enam hari strike tanpa nasi, memang mencabar sebab aku macam yang korang tengok dalam post lepas-lepas gila masak. Paling simple pun, tetap aku nak masuk #dapurkecikgua .

Aku bukanlah nak slim-melim sangat, sekadar nak rasa selesa bila bawak badan ni. Senang cari baju-baju yang aku berkenan yang biasanya cantik tapi tak size dengan aku...sumpah, menyampah!!!

Masih banyak kilo nak dikikis keluar dari badan ni, harapnya aku terus istiqomah ye. Harap dengan sangat nech!!! Aamin.


Selasa, 13 Januari 2015

Sendiri...

Semua hilang seketika...
saat perasaanku sedang kau genggam,
ku tahu itu hanya...
rasa takut yang tak pasti,
dari dirimu.


Tapi mengapa,
kau masih saja ada di samping ku,
tak menjauh...
Andai saja kau lepaskan aku..

 
Engkau tak pernah
biarkan ku sendiri...
ku ingin menjadi,
diri ku kembali....


Ku cuba tuk melupakan,
semua tentang diri mu...
tiap dirimu,
saat aku menutup mata,
bayangmu selalu ada...
di dalam benakku...


Tapi masih saja,
kau tak pergi juga...
ada di hatiku,
tak menjauh....


Andai saja kau lepaskan aku.....


dan kau tak pernah,
biarkanku sendiri...
kuingin menjadi diriku kembali.........
kau tak pernah biarkanku sendiri..
ku ingin menjadi diriku kembali..........


hati yang terluka,
kini kan terus menjadi kenangan hidup ku....

Isnin, 12 Januari 2015

Tudung + Kpop + peluk = prasangka...

MINGGU lepas, 24 jam asyik melintas pasal isu adik-adik perempuan bertudung yang teruja memeluk 'Abang Kpop' di atas pentas KL Live. Riuh sana sini dengan pelbagai komen, post status 'special' khusus untuk isu tu dan kenyataan di media.

Respond aku? Jujur, aku memang marah dengan pelakuan adik-adik yang terbabit tu, apatah lagi tanpa sedar mereka telah 'memberi perspektif' buruk kepada kalangan wanita bertudung. Pun begitu, aku masih tak berhak mengadili dan menghukum mereka. Siapa aku?

Betul, aku bertudung...aku seharusnya layak marah kerana secara tak langsung orang pandang buruk kepada wanita bertudung seperti aku dan mereka. Komen-komen seperti;

"Buat apa bertudung kalau 'selamber' peluk jantan!"

"Dasar betina gatal b*$%, peluk jantan suka-suka hati je. Buat malu mak bapak je!"

"Bertudung tapi perangai macam betina sundal! Baik cabut je tudung tu!"

"Bertudung tapi perangai macam pelacur! Aku yang tak bertudung ni pun reti halal haram!"

Itu antara petikan komen di media sosial pasal isu panas tu, sorry bahasanya memang kurang ajar dan itu hakikat penggunaan bahasa si 'keyboard warrior' a.k.a 'pahlawan papan kekunci' kita (aku tak kata semua, hanya segelintir dan cara serta bahasa mereka dalam memberi komen dan mengulas sesuatu itu sangat sadis! So sad.).

Dalam isu yang jadi viral di sana-sini sampai akhirnya pihak berkuasa/berwajib memberi kenyataan akan ambil tindakan kepada adik-adik terbabit. Namun, komen masih berterusan 'menghencap' perlakuan mereka. Maklumlah, orang bersalah pada pandangan mereka 'wajib' dihencap secukupnya.

Lebih kelakar, ada kalangan wanita yang masih 'togel kepalanya' dengan hebat sekali 'menelurkan dalil-dalil' mereka mengenai sebab, keikhlasan dan kesungguhan wanita bertudung. Mereka dengan bangganya memberi peratusan tahap kesediaan wanita yang bertudung ni. Antaranya,
  • Bertudung sebab mak bapak suruh
  • Bertudung sebab fesyen tudung sekarang semua gempak-gempak, hot dan trendy
  • Bertudung sebab ikut-ikutan
  • Bertudung sebab suami suruh
  • Bertudung sebab nampak lebih cantik bila bertudung
Sekadar beberapa point yang 'rajin' aku nak catatkan di sini, betapa kebanyakan kita begitu mudah berprasangka pada perilaku orang lain. Bagi aku, siapalah kita-kita ni nak mempersoalkan perilaku, niat dan keikhlasan orang lain. Siapa kita untuk memberi peratusan atas semua itu? Kita siapa?

Iya, perilaku yang salah itu tetap salah...tetap berdosa. Harus dibenteras dengan serius dan penuh ketegaran, tidak boleh sambil lewa. Kalau tidak nanti, betapa hancurkan nilai dan keperibadian kita. Ibarat anak yang degil, kalau diajar dengan pukul dan pukul...lalu pada masa depan dibimbangi akan berakhir dengan dendam kesumat malah menjadi lebih parah dan menakutkan.

Mereka harus ditarbiah dengan diplomasi. Pada masa sama, kena ingat perintah Allah tetap perintah...tak boleh diterima pakai dengan 'hukum logik akal'. Apa-apa yang termaktub dalam al-Quran dan hadis kena ikut (sebab itu berguru tu penting, jangan main baca dan faham sendiri je).

Misalnya, tak bolehlah nak kata "Hey, aku tak bertudung pun solat lima waktu.", "Aku tak bertudung pun tahu dosa pahala.", "Tak bertudung tak semestinya jahat.", "Bertudung tu tak semestinya baik."

Iya, manusia pasti berkehendak namun tetaplah Allah yang menentukan. Kamu diberi pinjam muka dan wajah yang cantik, namun telah Dia perintahkan kamu untuk menutup aurat yang sepatutnya. Tak peduli siapa pun kamu, perintah tetap perintah.

Kenapa kita ambil peduli sangat soal ikhlas tak ikhlas ni? Kenapa kita gigih menegangkan benang yang basah dan kendur dengan 'dalil-dalil', buat apa bertudung kalau tak ikhlas! Kemudian kita 'wujudkan dalil logik akal' kita dengan berkata, "Saya tak akan bertudung kerana orang suruh, saya akan bertudung bila dah bersedia. Bila dah sampai 'seru' untuk bertudung dan bila tiba masanya. Saya mahu buat dengan ikhlas bukan dengan paksaan."

Kalau sampai usia 60-an kamu masih belum dapat seru dan hidayah untuk bertudung, macam mana? Aku masih ingat kata seorang 'bunda' yang sangat aku hormati. Ilmu agamanya selalu buat bulu romaku merinding dan katanya sikit waktu lalu;

"Nduk, hidayah itu harus dicari gali. Tak boleh ditunggu gitu ajah. Kenapa orang sakit itu kita sering memaksanya makan walau sedikit? kenapa kita harus memaksanya padahal orang lagi enggak enak badan, putus seleranya, tapi kita maksa terus? Kenapa? Kalau tidak dipaksa, dikhuwatiri penyakitnya tambah parah lagi. Justeru kita maksa terus. Begitu jugalah hal aurat, harus ditutup sempurna kerna khuwatir orang yang melihat dan menayangkannya mendapat dosa.Pokoknya, saling menjaga mengikut perintah Allah."

Buat adik-adik yang terbabit, semoga apa yang berlaku memberi pengajaran amat berguna buat kalian.Ini bukan soal menjaga aib keluarga, tetapi aib kamu sendiri di hadapan Allah. Mana mungkin kamu bebas melakukan apa-apa saja yang berkehendak di hati atas nama hak, kerana walau sebesar zarah yang kamu milik atas muka bumi ini hanya diberi pinjam kepada kamu olehNya. Seumpamanya kamu meminjam barang daripada seseorang, lalu kamu 'menunjuk-nunjuk' pinjaman itu tanpa perasaan malu dan bersalah. Tak mungkinkan, kecuali kalau kamu tidak 'waras' lagi.

Islam itu mudah, tetapi bukan untuk dipermudahkan. Allah itu Maha Pemurah lagi Pengasih, namun tidak bermakna kamu boleh meremehkanNya sewenang-senangnya. Dia Pencipta kamu, Dia menggariskan perintah dan hukum demi menjaga kamu. Ingat selalu, Allah knows better. Iya, kamu tentunya berkehendak, tetapi tetaplah Allah yang menentukannya.


Maaf kalau ada yang tersentap. Korang boleh setuju atau tak setuju dengan tulisan aku ni. Hanya sekadar pandangan peribadi aku, tidak mewakili sesiapa. Adios.

Ahad, 11 Januari 2015

Berhenti menjadi baik...?

"AKU nak berhenti jadi baik!" Kata-kata Nini (*) buat aku tercengang-cengang. Loh, kenapa pulak budak ni?

"Aku serik jadi baik, balik-balik aku yang rugi. Balik-balik, aku yang kehilangan kesempatan! Aku tak dapat apa-apa dengan menjadi baik, tapi dia. Tuang kerja, tipu bos berkali-kali, buat claim tipu, beli jiwa kawan-kawan dengan pujian hipokrit dia dan hidup dia lebih baik daripada aku. Lebih selesa, lebih disayangi bos...lebih disukai kawan-kawan. Aku? Aku jadi sampah di mata dia orang. Apa untungnya aku jadi baik?"

Hurmmm...Serius, emosi aku selalu 'teruji' setiap kali jumpa Nini dan kali ni juga dia berjaya buat aku beremosi lagi. Nini, orangnya peramah, baik, periang, sopan dan bijak. Cuma, selalu kalah dengan emosinya yang bersimpang-siur. Dia selalu berasa dirinya dianiaya dek kebaikan yang dilakukan, sama ada dalam urusan kerja. Lingkungan teman-teman, peribadi mahupun apa-apa saja.

Aku masih ingat, waktu itu dia demam. Iya demam teruk sampai tak mampu nak drive sendiri, jam 2 pagi dia call minta aku hantarkan ke klinik. Mujurnya rumah kami tak berapa jauh, aku di Setapak dan dia di Ampang. Dalam menggigil dia teresak-esak sambil meluah perasaan.

"Tadi pagi aku tolong member office siapkan kertas kerja untuk client, dia tak ada idea dan mintak aku tolong apa yang patut. Memang niat aku nak tolong, aku buat sungguh-sungguh sampai lupa makan siang, lupa makan ubat (dia memang tengah demam waktu tu).

Dalam meeting dengan client, sikit pun dia tak bagi aku mencelah padahal kertas kerja tu hasil idea aku. Lepas meeting, dia siap warning aku...katanya jangan cakap kat sesiapa pasal kertas kerja tu. Jam 5, bos mintak kertas kerja untuk client yang kami akan jumpa minggu depan. Katanya nak semak dan tambah apa patut.

Aku cakaplah masih diproses, belum siap sepenuhnya. Bos aku marah-marah dan panggil member aku tu masuk ke biliknya. 20 minit lepas tu, bos beritahu untuk client tu dia dah tugaskan member aku tadi handle. Senang cakap, aku terlepas client! Kau tahu tak apa aku rasa waktu tu?"

Macam tu lebih kurangnya apa yang Nini lalui, betapa dia sering saja dikhianati padahal dia sudah berbuat baik. Aku faham apa yang dilaluinya, memang aneh. Zaman ini, menjadi baik itu terlalu Tabu. Menjadi baik itu tak membuatkan diri kita popular dan disenangi ramai, malah ironisnya semakin 'tak suka dipandang'. Pendek kata, orang baik memang tak glamor.

Pun begitu, aku tetap tak setuju kalau dia mahu 'berhenti' menjadi manusia baik. Dia tak perlu berubah pada bersikap bertentangan, sebaliknya menjadi seorang yang lebih ikhlas. Iya, ikhlaskan setiap perbuatan baiknya. Ikhlaskan demi Allah, lakukan demi Allah bukan mengharapkan balasan kebaikan yang dilakukan.

Ikhlas, memang tak semudah menyebut sebaris kata itu. Justeru itu harga sebuah keikhlasan sangat mahal nilainya. Bahkan, tak ternilai dengan apa jua bentuk balasan kerana yang layak memberi penilaian hanya Allah. Tugas kita adalah melakukan setiap perbuatan baik itu dengan sepenuh hati dan kerana Allah.

Buat Nini (kau tentu tahu siapa kau yang aku maksudkan), aku titipkan seuntai mutiara kata buatmu, "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

Aku mahu kau terus berani melakukan kebaikan Nini. Selalu ingat, "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetap bertahan menghadapi setiap dugaan dan cabaran."

Ikhlas itu macam mana?  Ikhlas itu seperti Surah Al-Ikhlas yang tiada perkataan Ikhlas di dalamnya. Selagi masih menyebut kata ikhlas, itu bermakna belum ada keikhlasan di dalam dirinya kerana hanya mereka yang ikhlas sahaja sentiasa berbuat tanpa pernah mengucapkan keikhlasanya.

Tetaplah kau menjadi seperti pohon epal yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah. Justeru, tegarkan jiwamu, sahabat.






Sabtu, 10 Januari 2015

Bodoh dan bebal...

"Ketika Allah menumpahkan belas dan kasih sayangnya di muka bumi. Ketika Allah memperkenankan keajaiban datang memenuhi harapan, masihkah kita mempertanyakan kebesaranNya dan janji-janjiNya?

Adil. Allah Maha Adil. Semua yang tercipta adalah adil. Hidup ini selalu adil walau kadang belum tentu kita dapat melihat bukti daripada keadilan itu kerana kita terlalu bebal, terlalu bodoh untuk mengerti di mana letaknya keadilan itu.

Kami lahir lemah tanpa daya Ya Allah. Kami lahir tidak melihat, Kau berikan mata. Kami lahir tuli, Kau berikan telinga. Kami lahir bisu, Kau berikan mulut. Kami lahir tak bergerak, Kau berikan kaki. Bahkan meski tanpa itu semua, Kau sungguh tetap membuat kami mampu melihat, mampu mendengar, mampu bicara dan mampu bergerak. 

Sekali lagi, kami yang lahir normal, sempurna fiziknya memang makhluk yang menyedihkan di dunia kerana keterbatasan akal fikiran kami. Bukan berhubungan dengan tingkat kecerdasan, tetapi kami manusia bebal...bodoh yang selalu tidak bersyukur dengan kurniaanMu."

Selamat 'jalan' Chip...

MENGENALINYA tahun 1998, waktu itu wartawan/penulis di Kumpulan Karangkraf (sekarang dikenali sebagai Kumpulan Media Karangkraf ) yang terletak di TTDI (Taman Tun Dr. Ismail). Hubungan kami ada 'manisnya' tersendiri. Azahari Aris atau kami lebih senang panggil dia 'Chip'.

Orangnya baik, tutur kata sopan, penyabar dan sangat komited dengan kerjayanya sebagai jurugambar. Diarah ke mana saja, dia tak pernah merunggut dan berkali-kali juga kami assignment bersama. Dia rakan sekerja yang menyenangkan, walaupun beza usia tetapi selesa berteman dengannya.

Masih melekat ketat di ruang ingatan, cerita-cerita 'peribadi' kami. Sorry, aku tak boleh nak catatkan di sini, bukanlah terlalu 'peribadi' atau 'skandal sulit' sangat, cuma sebab ada kaitan dengan seorang lagi teman sekerja yang telah pun tiada. Jadi, tak baik 'kan kalau aku bercerita.

Kembali ke cerita aku dan Chip, aku masih ingat waktu kami assignment sama ada cuma dalam KL atau outstation bersama. Waktu itu aku masih staff baru, tetapi jenis banyak mulut (entah bila berubahnya aku tak pasti, sebab kalau ikutkan zaman sekolah-kolej aku ni seorang yang berat mulut...*wink*).

Chip pulak agak malu-malu nak bersembang, lebih banyak gelak (malu-malu), senyum malu-malu...dan hanya menjawab beberapa patah kalau ditanya. Selebihnya, akulah yang jadi 'badut'. Merepek merapu bercerita itu ini, kalau sama-sama diam payah 'kan.

Aku suka suasana kerja yang santai, jadi walau berat macam mana tugasan tu fikiran masih mampu 'berjalan' dengan baik sekali gus memberi energy pada tubuh terutama bila ada assignment luar. Bukan saja menuntut kesabaran tinggi, sikap toleransi juga sangat penting dengan rakan sekerja kita. Apatah lagi dia jurugambar untuk tugasan aku, keserasian kena ada baru hasilnya mantap.

Kalau dapat assignment dengan Chip memang best, sebab dia bukan jenis kepala angin...atau banyak songeh macam segelintir orang yang bekerjasama dengan aku.  Pendek kata, aku sangat selesa bekerja dengan dia.

Arghhh...indah sungguh kenangan hingga sukar untuk aku percaya, ketika ini dia telah pergi buat selama-lamanya. Cerita beberapa teman lama yang pernah kerja di syarikat sama, Allahyarham menghidap kanser otak sejak beberapa bulan lalu.

Aku sempat ziarah arwah waktu dirawat di Hospital Sungai Buloh, waktu itu dia tengah tidur dan tak sampai hati nak kejutkan dia. Itulah kali terakhir aku tengok dia (dengan wajah yang begitu uzur, Allahu Akbar...sebaknya dada Dia saja Maha Mengetahui).

Arwah meninggal dunia di hospital sama lebih kurang jam 2 pm semalam (Jumaat). Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam pagi keesokan harinya kira-kira jam 10.30 pagi. Sayangnya, aku tak dapat datang.

Chip, semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayangNya kepadamu. Pergimu pada hari yang mulia, semoga dipermudahkan segala urusanmu di sana. Selamat 'jalan' Chip, aku akan mengenangmu serta segala kebaikanmu sampai bila-bila. Aku juga bakal jenazah, Chip. Moga-moga pengakhiran hidupku juga baik, diberkati dan dirahmatiNya, Aamiin.


AL-FATIHAH.

Jumaat, 9 Januari 2015

Awak kat mana...?

"AWAK KAT MANA? Awak kat mana? Awak kat mana?"

Ok, jujur eh...siapa yang suka ditanya soalan 'Awak kat mana?' dan siapa yang cukup tak suka dan menyampah apabila ditanya soalan 'Awak kat mana?'

Aku? Tengok keadaan dan siapa yang bertanya. Kalau pertanyaan tu ditanya waktu ok tengah santai-santai je, oklah. Kalau ditanya waktu tengah meeting...depan client...tengah dalam migraine...atau apa-apa juga keadaan 'serius', wajib 'slient mode'. Sila tinggalkan pesanan anda.

Kalau yang bertanya tu, Ma (mak aku 'la tu)...kena jawab elok-elok...kan Mak tu...hehehe! Kalau yang bertanya tu, bos...kenalah berdiplomasi sikit...*wink*, dan kalau yang bertanya tu member-member...aku akan nyanyi kat telinga dia sampai lebam! Ok yang bertanya tu si Arjuna Hati? Kalau dia bertanya dengan nada romantik...mood santai, maksudnya bukan mood cemburu buta...maka kujawab dengan penuh kasih sayang 'la 'kan.

Eh, kenapa aku dok sembang pasal topik ni? Saja, intro untuk aku bukak topik asal. Nak sharing pasal pengalaman member aku yang sorang ni. Kisah seorang suami yang sering ditanya, 'Awak kat mana'? Sebelum tu, biar aku kasi nama samarannya...senang sikit nak 'mengumpat' pasal dia neh (hahaha, dah minta kebenaran ok untuk sharing kat sini...tqsm geng!) Ok, aku letak namanya Mat Jemput (sebab dia suka makan jemput-jemput pisang...).

Mat Jemput: "Letih aku nak menjawap, der. Angkat call, 'Awak kat mana?'. Masuk sms...'Awak kat mana?' Macam dah tak ada soalan lain!"

Aku: "Dia ambil beratlah tu, apa masalahnya isteri tanya soalan tu?"

Mat Jemput: "Ko tau tak, aku naik fobia dengar soalan tu. Dah 'la kat radio dengar ayat sama...dia pun sibuk nak tanya guna ayat sama. Letih, der!"

Aku: "Haah, tengah famous lagu tu."

Mat Jemput: "Ko tak payah nak gelak sangatlah. Pelik 'kan, orang perempuan ni suka sangat dok tanya..'Awak kat mana? Awak kat mana? Awak kat mana?' Tak ada soalan lain ke nak tanya?

Aku: "Ko nak soalan macam mana?"

Mat Jemput: "Banyak soalan boleh tanya 'la..."

Aku: "Contohnya?"

Mat Jemput: "Tanyalah, bila awak nak tambah bini baru? Bila awak tambah kereta baru? Ha...tak pun tanya, bila awak nak keluar lepak-lepak dengan kawan? Sejuk sikit hati tanya soalan gitu!"

Macam tu 'lah lebih kurang rentetan sembang santai aku dengan Mat Jemput. Actually, bukan Mat sorang je tak suka ditanya soalan, 'Awak kat mana?' ni. 

Boleh dikatakan, secara puratanya kebanyakan lelaki / suami tak suka ditanya soalan tu. Kenapa? Sebab bagi depa, bertanya soalan macam tu bukan saja buat depa lemas...letih...menyampah, tetapi juga ada unsur-unsur 'mengongkong' pergerakan depa. Tak percaya, cuba tanya suami / boyfriend hangpa...tengok reaksi depa macam mana? Pastu, bagi tahu aku...nanti boleh aku buat entry baru...wakakaka.

Suka hati jiwa raga aku je cakap depa (kaum lelaki / suami) tak suka ditanya, 'Awak kat mana?' Macam mana aku tau? Aku pernah beritahu dalam beberapa entry aku sebelum ni, bahawasanya geng-geng lepaking aku hampir 95% adalah LELAKI dengan pelbagai ragam perangai, emosi, cara pemikiran juga keletah dan tentunya merangkumi semua status...ada bujang...bujang telajak...bujang sembunyi-sembunyi...suami orang...duda...duda yang tak available, tunang orang...bekas tunang orang...kekasih orang...bekas kekasih orang...abang angkat...abang terangkat...adik manja...adik lembut...adik berjiwa penyayang dan lain-lain.

Pendek kata,  aku sangat memahami depa ni. Serius, aku paham sangat kenapa depa ni tak suka sangat bila ditanya 'Awak kat mana?' So, pesan aku 1 je kepada isteri, tunang dan awek...sila kurang-kurangkan bertanya soalan 'Awak kat mana?' tu ye. 

Pusing-pusing sikit la soalan tu, sampai depa ni tak perasan sedang ditanya maksud soalan 'Awak kat mana?' 

Contohnya? Contohnya, "Abang dah makan? Huishhh...sedap tu, ni mesti makan kat Acik bawah pokok ketapang tu kan? Habis tu...(part ni...sila mood manja sikit ok...eleh..macam tak biasa!)? Oooo...ok-ok, nanti bila-bila kita pergi makan kat situ sama-sama ye. Ok, bang (awak..sayang...darling...anje...)...take care, ye. 

Gunakan kreativiti dan seni bertanya untuk mendapat jawapan yang korang nak tu. Paling penting jangan emo, orang lelaki ni kalau dilayan dengan emo...memang berat 66 'la! Kita wanita ni sering diberi pelambangan, bunga...bulan...pink...pendek kata semuanya lambang-lambang yang lembut dan manis. Jadi, jangan korang bertukar menjadi 'Abang sado hijau' bila berdepan dengan kesayangan korang. Diplomasi...penting untuk menikmati kehidupan aman damai. Ok...Adios!






Khamis, 8 Januari 2015

Apa susahnya buat cili jeruk home made...?

AKU, selalu kecik hati bila 'pesan'; "Kak, cili jeruknya nak lebih sikit ye." (tentunya dengan senyuman manis, 'gula-gula' free untuk si penjual...hehehe), tapi bila sampai rumah, bukak bungkusan...eh, lebihnya cuma 1-2 hiris je!!!

Terbaru, kejadian di psar malam Melawati. Sama seperti selalunya, bungkus mi, bihun atau kuey teow dengan pesanan, "Kak (atau abang...adik...pakcik...makcik), cili jeruknya lebih sikit ye.", dan bila sampai rumah...bukak bungkusan, cili jeruknya cuma ada 2 hirisan je! Kena lagi!!!

Jadi, minggu lepas (iya...ni cerita projek minggu lepas dan aku baru ada time nak update storynya hari ni...hehehehe...curang 'kan sama blog sendiri!!!) aku dengan gigihnya buat my home made cili jeruk!

Aku borong cili hijau RM2 di NSK, hiris ala kadar (alah, yang nak makannya aku je, bukan siapa pun...'ayat-ayat chenta orang malas'...gombal sangatkan...!)

Heran, kenapa sebelum ni aku tak gigih nak membuatnya padahal bukan susah mana pun. Tak sampai 15 minit, siap boleh isi dalam botol...setengah jam lepas tu dah boleh ngap! Hah...Apa susahnya buat cili jeruk home made??? Ceh...Dasar pemalas!!!

...dan malamnya, aku goreng kuey teow. Tak ada bahan penyeri sangat, yang ada cuma cebisan-cebisan daging cincang (yang aku saja beli untuk buat Asam Pedas, tapi tak buat-buat lagi) dan tiga keping fish cake yang dihiris-hiris dan tanpa sehelai / sepokok sayur pun (tak ada stock der, yang ada cuma pucuk ubi...nak goreng kuey teow pakai pucuk ubi? Mana maunya der!).

Perencahnya pulak, selain bawang yang diblend bersama cili kering, aku campak sos cili, kicap manis, sos tiram dan garam. Tak sampai 15 minit dah siap dan apa lagi, makan bersama cili jerukku yang tercinta. Rasanya, whoa! Awesome der!!! Hehehe...itu je cerita yang korang tak nak tahu pun...wakakaka!
Eh, korang nak try buat tak cili jeruk sendiri? Sukatannya aku main agak-agak je, so pandai-pandai korang 'lah ye.

Bahan: 
Cili hijau, hiris serong / bulat - boleh campur cili padi kalau nak pedas
Cuka makan, secukupnya
Sedikit garam
Sedikit gula
Air secukupnya

Cara membuatnya: 
1. Masak air (secukupnya) bersama cuka dan gula sehingga mendidih.
2. Tutup api, masukkan garam (time ni aku biarkan suhu air tu turun sikit baru masukkan garam, nak elak darah tinggi setiap kali masak apa-apa jangan 'masak garam'. Biasakan, lepas tutup api, turunkan suhu kepanasannya dan baru masukkan garam. Faham tak apa aku nak beritahu ni? Maksudnya, biar masakan korang tu cool sekejap...ala2 suam dan garam boleh hancur dengan kepanasan sederhana).
3. Isi cili dalam botol dan tuangkan air rebusan tadi. Tutup botol tu (time ni air rebusan dah ala-ala suam dah, so aku biarkan je cili tu terendam dalam suhu bilik. Ada orang celur sekejap dengan air panas, tapi aku lebih suka cara yang aku buat ni jadi cilinya tak terlalu 'masak'. Masing-masing punya cita rasa 'lah 'kan. ).

Selamat try ok...semoga berjaya dengan jayanya...*wink* (...please...izinkan aku pengsan seketika dengan menghayati kuey teow dan cili jeruk berenang-renang dalam perutku...Whoa...nikmatnya...!)





Ahad, 4 Januari 2015

Walau takdir tak pasti...


Selama nafasku berhempus
Harapkanmu di depanku
Selama mataku memandang
Hanya kamu cinta matiku

Terimalah dirinya, rintihan hatiku
Yang terbalut dengan doaku
Inilah sumpahku dengarlah dunia

Sumpah mati sumpah 
Sumpah mati
Sumpah mati aku hanya untukmu

Terimalah dirinya, rintihan hatiku
Yang terbalut dengan doaku
Inilah sumpahku dengarlah dunia

Cintanya slalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau selalu dihati cinta matiku
Selama aku berdoa melayangkan cinta
Yang selalu kujaga...