.

Ahad, 28 Disember 2014

Pelan-pelan dulu ya...

BANYAK yang aku nak kongsikan di sini. Entry2 sebelum kejadian dan ketika kejadian #bah2014 yang melanda Malaysia. Terlalu banyak, tapi pelan-pelan ye. Nak buat proses catatannya dengan tenang, biar mulus hasilnya.

Rindu sangat2 dengan dinding #amomenttoremember ni. Aku tengah mencari waktu lapang, selepas selesainya beberapa urusan dan tuntutan kerjaan. Jadi, dapatlah mencatat dengan santai di sini. Harapnya, insyaAllah.

Jadi, aku tinggal dulu ye. Ketemu lagi kita di entry lain secepatnya. Terima kasih banyak-banyak buat yang selalu menjenguk ke sini. Semoga mendapat manfaat atas apa yang aku kongsikan ye. Terima kasih sekali lagi.

Jaga diri, hidup baik-baik.

Selasa, 16 Disember 2014

Huru-hara tu biasa...

ENTAh kat mana silapnya, selalu sangat jadi kelam-kabut dan huru-hara setiap kali ada plan nak jalan jauh. Selalu sangat aku perasaan keadaan ni, susun la jadual kerja elok macam mana pun last-last minute ada juga halnya.

Hari ni, aku sepatutnya dah siap-siap pack baju dan segala benda yang nak dibawa ke projek le tour de Pantai Timur. Macam tahun-tahun sebelumnya, aku memang pilih sama ada bulan November atau Disember untuk ke sana. Alasannya, waktu macam ni keadaan tak panas sangat. Member-member di Terengganu dan Kelantan kebanyakannya cikgu, jadi senang nak jumpa bila datang time cuti sekolah panjang.

Sayangnya, hari ni aku masih kelam-kabut dengan kerjaan. Setup date dah cantik, tapi last-last minute cancel dan tukar date ke hari ni. Demi nak menjaga mood, aku malas nak cakap banyak. Redah ajelah.

Hari ni jugak, aku ada sesi exclusive interview with Azharina Azhar. Siapa? Ala, penyanyi lagu Elegi Sepi tu. Mana satu? Jap lagi aku tempek gambar, now nak curhat dulu! Nasib baik kerja yang last minute tu selesai elok je setengah jam sebelum dating dengan Azharina @ Nina. Memang penat, tapi layankan aje demi kerjaan.

Interview bermula jam 4 petang (tunggu Nina selesai makeup di Butik Razman Razmi Kuala Lumpur). Tak susah interview Nina sebab dia bukan jenis banyak songeh...or sejenis 'artis no comment' memanjang. Kalau nak tahu, dia juga selalu dicop sebagai 'artis out spoken' . Itu yang aku suka pasal dia, kadang sampai tahap kena off the record demi kepentingan bersama...hehehe.

Azharina nampak anggun dengan solekan dan pakaian daripada Razman Razmi Kuala Lumpur
Actually, aku kenal Nina ni dah lama. Zaman umur dia baru 17-18 tahun gitu dan dia jenis yang fokus dan sangat tahu apa yang dia nak. Jadi, tak hairanlah dalam umur 29 tahun dia hampir ada segalanya. Beberapa aset penting dalam kehidupan macam rumah (huish dia ada beberapa buah ok), company sendiri, kereta dan lain-lain.

Kalau dengar dia bercakap, memang best...confident dan telus. Pada masa sama, orangnya lucu. Dalam serius, terselit jugak lawaknya. Dek bestnya bersembang, tak sedar dah jam 7 malam. Huish...time tu baru teringat baju tak pack lagi, makan pun belum dan macam-macam mula menyemak dalam kepala.

Oklah...sehari dua ni aku cuba siapkan secepat mungkin artikel Nina ni dalam ruangan selebriti di portal www.inspirasimagazine.com . Korang boleh baca perkembangan terbaharu Nina termasuk lelaki bernama 'Rahmat' yang kini cukup istimewa dalam hatinya.

Aku chow dulu ok, nak sambung pack barang dan kemas rumah sebelum gerak ke Pantai Timur esok pagi. Terima kasih korang, jumpa lagi...Muahhh!

Isnin, 15 Disember 2014

Selamat bertemu kekasihmu, Datuk Mus

DAPAT info pasal seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi.

Kata sumber, Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.
Allahyarham sebelum ni dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas solat Zuhur.

Dalam kenangan
Berpeluang menemubual suami kepada Allahyarhamah Roseyatimah, antara kenangan mengujakan dlm perjalanan kerjaya aku sebagai penulis/wartawan. Aku biasa panggil beliau dengan sapaan Uncle Mus (sebab suatu ketika dulu beliau selalu bertandang ke office ex boss aku, Datuk Mustafa Haji Ton, pemilik dan penerbit Variapop Group Sdn. Bhd.) dan kalau ada urusan rasmi, aku sapa beliau dengan Datuk Mus.

Beliau walaupun telah lama kehilangan pendampingnya, tetap tampil kemas, segak bergaya. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Aura seorang ayah yang penyayang tu sangat kuat dalam dirinya. Itu yang paling aku ingat la.

Beliau yang aku kenali menerusi filem Melayu klasik seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, sangat santun orangnya. Cukup gentleman, ramah dan penyayang. Pendek kata, peribadinya sgt menyenangkan kala didampangi walaupun beliau seorang bintang tersohor. Paling berbekas di hati, perkisahan beliau mengenai cinta hatinya, bunga yg sentiasa mewangi dlm hati - Allahyarham Roseyatimah. 

Setiap detik yg dikongsi bersama wanita istimewa itu sentiasa segar dlm sanubarinya. Tiada cinta baru yang mampu menggugat kesetiaannya itu."Dia (Roseyatimah) terlalu sempurna di hati saya. Sukar mencari setanding dia."
 

Selamat bertemu kekasih sejatimu. Mewangilah cinta kalian selamanya di Syurga Allah. #AlFatehah #DatukMustaphaMaarof #LegendafilemMelayuKlasik #writer #ialwayslovemyjob #ilovemyjob

Ahad, 14 Disember 2014

Teringin cucur udang chef Mat Gebu...

Gara-gara skodeng blog chef Mat Gebu , dan-dan teringin nak mkn cucur udang. Semua sukatan guna cawan, senang nak follow (sebab aku pemalas). Harapnya menjadilah...ekekeke.

Plannya pagi-pagi pegi pasar tani Danau Kota cari udang. Nak cari udang...nak cari udang....! Malangnya, ada orang block belakang kereta aku sampai berjam-jam. Actually aku dah perasan dari malamnya, tapi aku fikir mungkin sekejap aje. Tak sangka sampai ke pagi. Jadi, plan ke pasar tani mendadak 'hancur'!!!

Aku suka resipi ni sebab semua main campak-campak hehehe.

Rupa tak cantik, biasa orang tak berapa kreatif. Tapi rasanya memang best, tqsm Mat Gebu

Dek nak makan jugak, cari bahannya di NSK dan keinginan tertunai. Akhirnya... My homemade cucur udang tengah mlm ni 'kan. Tqsm chef Mat Gebu memang awesome resipi cucur udang tembam ni. Gebu-gebas dlm kuali & di atas pinggan. Terkinja-kinja kat dapur keseronokan. Gila tak seronok!

Sorry, rupanya tak secantik hasil air tgn pemilik resipi, tapi bab rasa memang terbaik. *p/s: Sos cili tu memang saja suka-suka bagi cilinya bersepah hahaha!


Nah aku 'copas' daripada blog Mat Gebu, senang bila-bila nak buat lagi dah ada rujukan di sini.  

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...
CATATAN MAT GEBU :- Mat nak pesan, kalau buat ni "tolongggg lahhh" berhati2.. terutama jangan bagi anak2 anda tergedek2 kat dapur, minyak panas ni weyyy...kalau ter ter ter (nak sebut pun seriau!)...memang tak de maap bagi mu.... Untuk yang membuat pun berhati2 yeaa...kang tercedara dah tak lawa satu hal, sakittt tuu yang tak bley tahan...berhati2 ok....

Sabtu, 13 Disember 2014

Homemade Lockching...

Kalau pegi Kelantan, area KB, PC, P.Mas or Sabak, ni la makanan yg selalu tak boleh miss. Cari sampai jumpa, beli bercucuk-cucuk dan makan sampai kembung pipi.
 
Kat KL ni ada jugak, tapi nak yang menepati cita rasa yang dah biasa rasa tu payah sikit. Daripada jahat mulut, merosakkan hati baik cari penyelesaian. Nah,
my homemade Lockching a.k.a satay ikan .

Sayangnya tak ada stock ikan selayang segar, jadi aku pulun je ikan selayang dah dibeli minggu lepas. Membuatnya tak susah, bahan pun tak cerewet. Paling penting, semua main campak-campak aje. Sangat style untuk orang malas macam aku tapi nak makan sedap. Dush!!!


Menggodeknya tak sampai 15 minit siap, puas hati makan panas-panas versi more ikan less tepung . Special from #dapurkecikgua


Aku tempek resipi kat sini kot-kot ada yang nak cuba;

Bahan:
7 ekor ikan selayang, diasingkan tulang dan kulitnya
2 biji bawang merah kecil
Sedikit garam
Sedikit lada putih
Tepung kanji/sagu secukupnya 
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Tumbuk isi ikan selayang bersama bawang, garam dan lada putih. 
2. Gaul ikan bersama tepung kanji, sukatan tepung aku main agak-agak je (asalkan adunan tak melekat kat jari).
3. Bulat-bulatkan adunan ikan, kemudian goreng.
4. Akhir sekali, aku masukkan bebola ikan ni dalam kuali dan goreng tanpa minyak (ala-ala bakar gitu, baunya wangi). Siap.

Lockching ni aku makan dengan sos pencicah keropok, sedap gila. Puas hati sebab rasa ikannya memang mantap. Trylah kalau rajin, kalau 'over rajin' tu beli je senang cerita.
 

Ada bakat, tonjolkan jangan diperam...!


Aku nak share satu video, mengenai seorang pemuda yang gigih mencari rezeki dan merancang masa depannya. Dia menggunakan bakat yang diberi Allah sebaik mungkin, selain percaya tiada kejayaan tanpa usaha. Kalau berani bermimpi, harus juga tegar untuk menempuhi setiap cabaran yang datang.


Jumaat, 12 Disember 2014

Lepaking port...

AKU, jarang sangat ada keinginan nak lepaking kat luar rumah kecuali ada geng nak jumpa atau ada assignment / event kena cover. Jadi, kebanyakan masanya, habis kat rumah je. Lagipun, time kerja aku selalu tak tentu masa. Kadang tak ada time nak lepak langsung, so bila ada kesempatan kena guna betul-betul.

Selain melepak dengan novel romantis, novel puisi or sekadar majalah, aku suka jugak layan blues kat beranda rumah (balcony). Walaupun tak seluas masa, tetapi cukup 'luas' untuk aku melepak bersama secawan kopi o panas. Kadang sambil layan lagu rock kapak, tak pun versi relaxing. Ada waktunya, heret laptop sekali (biasanya time idea gila tengah mencurah-curah).

Iya, aku mungkin agak skema. Jarang sekali keluar tanpa sebab. Mungkin kerana kat rumah banyak benda best boleh dibuat, selain memasak tentunya.

Ada pemandangan best kat balcony tu?

Kadang ada, kebanyakan masanya tak pun. Cuma, aku suka sangat suasananya yang cozy. Kalau lepaking waktu malam atau lepas solat Subuh, memang terharu. Menusuk jiwa betul.

Aku ada plan nak kasi best port melepak ni. Beberapa idea aku dah simpan baik-baik dalam folder 'home deco'. Cumanya kena tunggu ada bajet sesuai, kalau boleh biarlah menjadi macam yang dirancang.



Kalau ikutkan, barang-barang deco yang diperlukan kena cari kat merata tempat. Ada sebahagiannya boleh dapat kat Ikea dan kedai jual barang terpakai. Semua tu ambil masa, tetapi tak kisah janji menjadi bagai diidamkan. Aamiin.

Khamis, 11 Disember 2014

Terserahlah...


KITA, tak mungkin sama sekali boleh paksa orang untuk terima kita apa adanya. Suka atau tidak suka, itu hak mereka. Terserah!

Kalau pun kita cuma beli jiwa mereka dengan harga semahal mana sekali pun, tak memungkinkan mereka akan terima kita. Mungkin sekadar membantu kita dilihat dengan ekor mata, sadiskan!

Iya, susah nak faham. Hakikatnya, itulah manusia, tetapi jangan sampai ragam mereka merencatkan perjalanan hidup kita. Selagi tidak mencabar murka Allah, teruskan. Simple, iya hidup ini mudah kalau tak dipayahkan cara menerima dan memahami perjalanan hidup.


Ahad, 7 Disember 2014

Terkalahkah dek nafsu sendiri...?

TAK tau 'lah kenapa, kerjanya asyik nak makan je. Dah pagi buta (2 pagi), boleh rasa nak makan sangat2...sanggup turun katil, masuk dapur goreng telur. Bubuh nasi dalam piring, gaul dengan kicap. Serius tak tahu kenapa, ada ke disebabkan aku gigih diet maka ada waktu-waktu tertentu laparnya jadi lain macam???

Lima hari diet tanpa nasi, oklah. Dah serasi, cuma nak istiqomah tu payahnya ya ampun!!! Ada ajelah yang teringin nak dimakan, ulang alik masuk dapo entah berapa kali. Bila bukak peti ais, rasa berdosa. Tutup...!

Tak sampai 3 minit, terbayang benda-benda yang boleh dimasak dok ada dalam ice box. Masuk balik...huish...stress ooo berperang dengan nafsu ni!

Itu belum lagi time kena cover event kat tempat best2...yang hidangan ya Tuhan...sumpah tension!

Macam mana ni? 

Bakal terkalahkah aku dek nafsu sendiri???

Oh please... Gua nak slim sikit bersempena tahun 2015 ni. Dapat turun 10-15 kg tu satu rahmat sangat. Ya Allah, semoga dipermudahkanNya. Aamiin.


Jumaat, 5 Disember 2014

Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 yang awesome...

APA rasanya nonton konsert rock di pentas Panggung Sari, Istana Budaya? Boleh terkinja-kinja? Hangguk-hangguk kepala macam orang sasau? Terjerit-jerit macam orang meroyan? Pakai jeans rabak, baju selebet?

Gila, mana boleh!!!


Pun begitu, enjoynya tetap awesome. Kaki tetap hentak lantai, tangan dan kepala tetap bergoyang tak henti. Mulut tak diam, melalak sama naik dengan artis yang buat show. Keluar panggung, hilang suara. Ye, itulah penangan nonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 malam tadi.

Malam tadi adalah malam permukaan (juga malam pratonton untuk rakan media) konsert Search yang berlangsung tiga hari berturut-turut. Memang power depa semua, paling menangkap mata keletah vokalisnya, Amy yang menggeletis atas pentas macam budak belasan tahun dan kesanggupan serta kecekalan pemain drumnya, Yazid, walaupun sedang berperang dengan sakit buah pinggang tetap sanggup keluar ward demi konsert sulong Search di Istana Budaya. Hebat...cukup hebat!







Bagi peminat tegar Kumpulan Search tentunya maklum, betapa mantapnya lagu-lagu mereka. Persembahan mereka sentiasa memukau, selalu menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila dan itu juga yang melanda diri aku. Apatah lagi dapat menonton dengan sekumpulan penonton yang sangat cool dan sporting habis!

Susah aku nak ceritakan kat sini, apa yang aku boleh katakan...menonton Konsert Search: Live in Istana Budaya 2014 adalah a moment to remember yang akan sentiasa ada dalam ingatan aku sampai bila-bila. Aku bangga menjadi salah seorang daripada peminat tegar mereka, pengalaman menulis mengenai perjalanan seni Kumpulan Search sesuatu yang sentiasa mengujakan aku.









Terima kasih Search, kerana bagi aku sekali lagi peluang memahat kenangan bersama muzik rock kalian. Tahniah, untuk 33 tahun yang cemerlang. Bravo Search!!! Nak baca review aku pasal konsert Search, boleh klik di sini



*Kredit foto: Istana Budaya, KL

Isnin, 1 Disember 2014

Diet katanya (1st day)...

DEK kecut perut bila jeans yang selalunya sekali tarik dah masuk, tiba-tiba jadi payah nak sarung. Aku tambah gemuk ke (maksudnya, aku memang tak kurus hahahaha) ?

Esoknya terus dengan semangat berkobar-kobar menjalankan operasi diet nasi, garam dan gula. Ayooo...memang tak senang oi! Bukan soal lapar, keje aku ni banyak attend event, tak kira time. Makanan asyik hidang yang sedap-sedap dan menggoda mulut nak ngap wahal perut tak rasa lapar.

Demi jean dan baju-baju yang perlu dipakai (sebab aku tengah tak ada bajet nak shopping baju baru!), maka sesi diet harus dilakukan dengan segera. Memandangkan aku pernah jugaklah beli beberapa jenis makanan tambahan yang kononnya berpotensi besar untuk membuat aku kurus dan Alhamdulillah, semuanya GAGAL! Maka, aku buat keputusan untuk berdiet cara normal.

Caranya, aku masih makan setiap waktu dan hari. Cuma, aku tolak nasi, bihun, mi, roti, semua bahan perasa termasuk garam dan gula. Habis aku makan apa??? Ha... aku rembat sepapan telur kat pasar tani. Bukan untuk dibuat kek or tart telur ye!

Gambar telur rebus tak payah tayanglah, 'kan. Ni makanan petang aku, sekeping isi ayam dan kobis bunga dibakar.
Setiap pagi dan tengah hari aku makan 2 biji telur rebus. Petangnya pulak, aku bakar ayam tanpa kulit yang diperasakan dengan lada hitam kisar dan serbuk cili. Lepas tu, aku campak beberapa ketul kobis bunga untuk dibakar sekali.

Rasanya macam mana? Kenyang tak? Haruslah tak ada rasa, tawar segala. Bab kenyangnya tu subjektif. Kalau ikutkan memanglah tak kenyang, tapi kena ingat tujuan berdiet 'kan. Kalau nak kurus, masa sama nak kenyang memang payahlah der!

Oklah, aku stop kat sini dulu. Gigil lak rasa jari-jemari Iols ni nak menaip banyak-banyak perkataan kat sini...ekekeke. Next entry kita jumpa lagi ye. Terima kasih ye, singgah ke sini dan baca cerita karut-marut aku neh. Tqsm...group hug ^_^

Sabtu, 29 November 2014

Tuala wanita beracun!

TIME aku muda remaja dulu (la ni dah kertu wey...sobS!), first period dalam hidup tu aku pakai 'pad kain'. Daripada Ma, Kak Ain dan aku meneruskan tradisi pakai cara tu waktu 'bulan merah'. Aku tak sure sebab apa, yang aku tahu kerana kami orang susah dan pad waktu tu mahal. Daripada beli pad, baik beli ikan - sayur!

Aku pakai 'pad kain' ni agak lama jugak, bertahunlah. Bila masuk kolej, duduk serumah dengan kawan-kawan maka kemalasan pun datang. Bukan saja malas, lebih pada malu, segan dan hish...takkan nak sidai 'pad kain' kat ampaian yang berkongsi dengan baju budak-budak lain! Iya, itu alasannya. Budak remaja dah reti malu katakan!

Maka dengan terpaksa relanya, aku terikut kawan-kawan pakai pad ready made. Pejam mata je beli 'sebungkus', pakai jimat tak ingat (cara jimat tu tak payah cerita la kot, kan...jujur sangat korang geli pulak nak baca hahahaa).

Iya, itu zaman muda remaja...bila dah start kerja, ada duit sendiri masih jugak berjimat-jimat tapi boleh beli la pad tu tanpa rasa 'berdosa'. Kebetulan, period aku memang selalunya swing. Ada tak ada, aku tak ambil kisah sangat (pasal la aku sengal sangat time, eh!).

Leceh pakai 'pad kain'! Memang pun, nak pulak kerja macam aku yg tak tentu masa. Hari2 ukur jalan...tapi, semua tu alasan, bukan sebab ye. Jujurnya, sebab pilih guna pad segera daripada pad kain - SENANG! MUDAH! PAKAI DAN BUANG! Itu je sebabnya, gigih MEMBESARKAN MALAS!

Tambah lagi sejak jadi journalist, selalu je dapat produk tuala wanita free daripada pelbagai jenama. banyaknya sampai boleh buat stock 2-3 tahun - terutama time buat product review, client bagi time event - (tapi biasanya, aku share dengan kakak dan anak buah aku sebab banyak sangat).

Dek nak senang, mudah, pakai dan buang, lebih byk vitamin M daripada R, aku ambil ringan soal keselamatan jugak kesihatan diri terutama bahagian sulit!

Pagi tadi, time belek-belek timeline fb, aku terbaca tulisan di wall milik Siti Aishah . Terkedu bila baca bari demi baris. Allahu Akbar, betapa banyaknya kesilapan aku dah buat sepanjang tahun kedewasaan aku ni. Terus aku nekad nak ubah dan perbetulkan keadaan (harapnya masih tak terlambat).

Aku pun tak nak ada orang buat kesilapan sama macam aku, terutama adik-adik yang tengah di usia muda remaja. Tolong jangan degil, dengar nasihat Kak Siti tu ye. Nah, aku sharekan tulisannya di bawah ni. baca sampai habis dan amalkan.



                                                                     ***

"Sejak sy tunjukkan gambar persediaan berpantang sy semalam, ramai yg bertanya mengapa sy pakai pad kain. Rupanya masih ramai tak tahu bahayanya pakai tuala wanita yg biasa di pasaran.
Tuala wanita yg biasa adalah sangat merbahaya. Ini kerana ia mengandungi beberapa komposisi kimia di dalamnya utk kelihatan "suci bersih". Antara bahan kimia yg digunakan ialah:

Dioxin: kapas yg original sebenarnya bewarna krim kekuningan. Bukan putih. (Xcaya sila buka bantal kekabu korang n tgk isinya). Para pengilang memggunakan dioxin utk BLEACH kapas2 ini. Walaupun kandungan dioxin yg sedikit...tapi lama2 kalau ditepek pada faraj tetap membawa mudarat.

Antara side effect dioxin ialah: pemyakit radang pelvik, KANSER OVARI, kemusnahan sistem imunisasi badan wanita, ketidakseimbangan hormon, ketidaksuburan, dan kencing manis.

Rayon: Rayon adalah polimer sintetik yg ditambah pada kapas utk fungsi PENYERAPAN. Rayon mempunyai dioxon didalamnya. So gandaan dioxin dalam tuala wanita.

Racun serangga dan racun lalang?: ini adalah bahan kimia yg disembur pada ladang kapas. Sejenis kimia bernama furan akan tinggal di dalam kapas ini yg meyumbang kepada masalah kemandulan, ketidakseimbangan hormon, kelumpuhan tiroid, kencing manis, endometriosis dan kemurungan.

Pewangi tiruan. Diletakkan masa proses pengilangan . Ini boleh menyebabkan radang atas alergy pada kulit sekitar faraj

Sesiapa ada masalah haid keluar sikit2, sekejap2, keluar tak tentu masa, saya cadangkan pakailah pad kain.

Kalau cara sy....sy letakkan kain batik atas tuala wanita. Supaya tak bocor darahnya ke seluar dalam.

Tapi yg mampu....boleh beli tuala wanita kain yg banyak dijual dipasaran

Utk tgk video pasal kajian tuala wanita, blh tgk sini ----->

Utk baca lebih lanjut pasal kesahihan keburukan tuala wanita blh baca sini ----->

Bg saya....ramai pengilang skrg lebih pentingkan keuntungan. Dan ini juga merupakan salah satu dakyah yahudi melumpuhkan kesihatan wanita supaya mereka tak mampu beranak ramai2....dan juga mereka kasi wanita2 Islam ni banyak sakit2 puan supaya keturunan umat Nabi Muhammad dapat dihapuskan.

Berhati2. Rahim wanita Islam adalah sasaran yahudi.


Penerangan gambar: Letak potongan kain batik tebal2 atas panty liner. Dalam ni sy pakai pad utk time heavy flow. Dan tukar setiap 2 jam. Basuh kain dengan pati sireh. Sy pakai Barra Gel.

Even renyah...tapi selamat. Kalau dulu time sy mengurut...sy akn cuci di rumah customer bersih2. Balut dengan tuala kecil. Dah balik dr mengurut...br sy sidai.

Masalah period sy yg dtg sekejap (3 hari) dpt diatasi dlm masa 2 bulan penggunaan pad kain ini."

Kecemburuan...

"Aku enggan mengongkongmu dengan kecemburuanku, 
justeru itu yang membuat engkau tegar menghilang daripadaku." 






#snapsqueenquotes #notachentasnapsqueen

Jumaat, 28 November 2014

Perempuan dah kahwin vs perempuan single...

Hari ni aku amik cuti 'khas', penat weh...hari-hari balik 2-3 pagi. Ikutkan cuti ganti berlambak-lambak tak berganti lagi, tapi tak apalah pelan-pelan aku langsaikan nanti hehehe.

Lepas Subuh, telan ubat, mesin kain, vacuum ruang tamu dan semua bilik, aku sambung tido. Huish...nikmatnya tido dengan peluh-peluh melekit kat badan. Arghhh...sapa peduli pun 'kan, dok sorang-sorang dalam rumah tak ada siapa tahu aku tak mandi lagi (melainkan aku gigih p up status kat fb/ig bahawasanya aku tak mandi pagi wakakakaka!).

Dalam 2 jam jugak aku bantai tido, sedar-sedar pun matahari suluh biji mata. So, nak tak nak kena 'lah bangun. Mandi, masak dan lain-lain. Jam 3pm, bersiap-siap nak keluar date dengan 'geng ibu-ibu' kat Festival City, KL. Alah, dekat je dgn rumah...drive tak sampai 10 minit dah sampai, kadang kalau rajin aku naik teksi jek...ekekeke!

Dekat jam 4pm barulah muncul muka geng yang beria ajak lepak sampai tak menyempat-nyempat tunggu Sabtu/Ahad!!! Petang ni, aku ada Ninie dan Opie. Dalam kami bertiga, cuma Ninie je yang dah ibu-ibu... aku dan Opie masih diberi peluang bawak badan sendiri je hehehe.

Percakapan petang ni dimulai dengan mood emo si Ninie yang asyik merunggut itu ini pasal anak/hubby dia. Si Opie yang memang terkenal kaki mengusik asyik kena siku, tendang kaki dek aku gara-gara gigih nak membahan orang yang tengah emo. Giler...orang emo diajak bercanda, cari penyakit namanya.

Lepas bernanah telinga mendengar omelan si Ninie, akhirnya aku masuk jarum. Bukan apa, tak nak dia melalui sampai ke part2 yang tak sepatutnya diceritakan kat orang. Hal 'dalam kain' jangan gigih sangat nak selak depan orang. Lagipun, aku nampak air muka Opie yang tak betah lagi dengar bebelan Ninie yang mengalahkan mak mentua bergosip pasal menantunya yang pemalas tahap diva!

 

Apa halnya si Ninie?
Biasa, cerita seorang wanita dah berkahwin yang stress tak ada masa nak pergi salon, spa, nonton movie, tido sampai matahari tegak (macam aku buat hari ni...ehehehe) dan banyak lagi la aktiviti terpaksa dikorbankan demi menguruskan suami dan anak.

Iya, kehidupan wanita berkahwin ni memang jauh beza dengan wanita bujang. Tak sama lagi, jangan beranganlah nak kembali ke masa lalumu ye! Umur 24 dah kawin, dapat anak sulong setahun kemudian...bagi aku kehidupan Ninie berjalan dengan lancar berbanding beberapa teman aku yang lain, mereka masih mengharap zuriat yang entah bila dapatnya walau dah bertahun-tahun kahwin.

Masuk anak kedua, Ninie nekad resign daripada kerjaya yang dicintainya demi suami dan anak-anak. Pada awalnya, aku nampak dia sangat happy dengan keputusannya tu. Katanya;

Aku seronok sangat sekarang ni, tak payah nak terkejar-kejar masa. Tak ada dah balik penat-penat kena masak, urus anak-anak. Boleh bercuti sekeluarga bila-bila masa je, kalau balik kampung time raya tu tak payah gaduh dah. Cutilah banyak hari pun, aku lagi suka!"

Macam tu 'lah lebih kurang kata Ninie depan aku dengan muka bahagia dan cerianya sambil memangku anak kedua dia. Sayangnya, baru dua tahun jadi suri rumah sepenuh masa dia dah merungut berbakul-bakul. Aku nampak (daripada luahannya) banyak benda macam tak kena dan selesa di mata hati Ninie.

Dah kenapa pulak si Ninie tu?
"Korang bayangkan, aku kat rumah huru-hara dengan anak-anak, dia (merujuk kepada hubbynya) suka-suka hati balik lambat. Alasan, lepak dengan kawan sekejap. Bukan sekejap masalahnya, berjam-jam. Dari 6pm ke 9pm, tak waras lagi ke kalau aku naik hantu?

Aku ni, seharian dengan anak-anak. Bila habis office hour tu harapnya dia balik terus, boleh ganti aku jagakan anak-anak. Aku nak rehat jugak, tapi korang tau dia cakap apa? Aku yang 24 jam dok kat rumah ni pun sibuk nak berehat bagai ke? Kenapa nak kacau masa dia? Korang rasa waras tak kalau aku senyum je dengar cakap dia yang macam g*&%$g tu?

Apa dia ingat, aku dok rumah goyang kaki. Lepas makan, tengok tv...tido! Dia lupa ke apa, aku kena jaga dua hero dia yang masyaAllah, seminit pun tak reti duduk diam! Aku stress wey...serius aku stress. Time aku kerja dulu, taklah stress macam ni. Aku dah tak tahan lagi nak hadap semua ni, aku rasa macam orang gaji dia je. Dia balik kerja, makan, tengok tv...layan group whatsapp...tido. Aku?"

 

Bila si Opie mencelah...
"Ko jangan pikir yang pelik-peliklah, Ninie. Chill je, adatlah dah kawin memang sibuk."

Tak semena-mena, kena sergahlah

"Ko senanglah cakap, hidup ko simple je. Pergi kerja balik kerja, lapar makan bungkus, kain baju hantar dobi. Senang, 'kan! Pasal kawin ni bukan ko reti satu pun! Esok-esok ko dapat laki, rasalah ko!"

Time Opie nak smash bola tanggung daripada Ninie tu, aku cepat-cepat sepak kaki dia. Pelan-pelan aku whatsapp budak bertuah tu.

"Orang tengah emo jangan ko bakar, kang terbakar Festival City ni sapa nak jawab?"

Opie kulum sengih kerangnya. Nampak imut-imut (comel) je, tapi reaksi Opie tu cukup panas di mata Ninie yang superemo petang ni!

"Aku nak kerja balik, anak-anak hantar ke nursery. Dia ingat, dia sorang je ada kawan-kawan, ada kerjaya. Tunggulah aku dapat kerja sok, biar dia pulak jaga anak - aku melepak dengan kawan-kawan! Hurghhh!"

 

Opie berbunyi lagi...hok'aloh!
"Ko tak takut ke, sekarang banyak kes pasal nursery ... babysitter. Kang tak pasal-pasal..."

"Biar dia pikirlah! Aku malas nak pikir, keputusan aku muktamat...aku nak kerja balik!"

                                                                        
                                                                             ***


Dua jam cuba chill dengan segala timbunan rungutan si Ninie, aku dah Opie akhirnya buat keputusan untuk terus bersabar. Kami kena faham, Ninie perlukan ruang untuk meluah rasa yang membusung dalam hatinya. Apatah lagi waktu tengok sepasang mata Ninie yang berkaca-kaca menahan pedih di hati, membuat kami jatuh simpati. Pada masa sama, aku terfikir apakah masalah dan dilema  dialami Ninie turut dirasai wanita berkahwin yang lain? Atau hanya Ninie je begitu kerana terlalu tertekan dengan 'tugasnya' sebagai isteri dan ibu? Mungkin juga sudah 'habis' fasa seronok menjadi suri rumah sepenuh masa?


Korang rasa???

#kahwin #bujang #surirumah #anak


Khamis, 27 November 2014

Khasiat daun kesom...

Tak sia-sia tiap minggu ‪#‎dapurkecikgua‬ bau gulai asam pedas...rupa-rupanya bagus si daun kesom ni...hehehehe. Nah aku nak share khasiat daun kesom yang mungkin ramai tak tahu. Aku kutip kat sini
Gulai Asam Pedas Kepala Ikan atau Daging Tetel bagaikan hilang 'powernya' kalau tak ada aroma daun kesom. Secekak daun kesom mampu mengubah rasa dan baunya. Tak percaya, cubalah.
Tahu tak, selain untuk kegunaan masakan, juga banyak manfaat lain khususnya untuk kaum wanita. Antaranya;
• Mengatasi masalah keputihan.
• Mengatasi masalah kelemumur
• Baik untuk wanita lepas bersalin
• Membantu menguatkan penglihatan
• Mengatasi masalah kembung perut dan membantu sistem pencernaan
• Mengharumkan tubuh
• Membantu hilangkan kelemumur (tumbuk sehingga lumat daun, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air dan gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala 5 minit kemudian dibilas).

Bagi mengatasi masalah ketidakhadaman, mengharumkan tubuh, masalah keputihan dan untuk kegunaan wanita selepas bersalin; Rebus seikat daun kesom dan minum air rebusannya . Kalau tak suka baunya, boleh dimakan mentah (buat ulam).

Memandangkan daun kesom ni bersifat panas jadi kuantiti yang diambil mempunyai had tertentu. Kalau dimakan secara berlebihan, mungkin boleh menyebabkan masalah lain.



#‎DaunKesom‬ ‪#‎AsamPedas‬ ‪#‎Petua‬ ‪#‎Tip‬

Rabu, 26 November 2014

Bait kata Bu Pipit yang mendamai emosi...

"...ndak apa-apa Nduk, yang namanya usaha itu 'kan butuh waktu. Orang kreatif itu memanfaatkan tantangan menjadi peluang dan keberhasilan. Kamu juga pasti bisa, Nduk.

Jangan keburu walang sama orang-orang yang hari ini menginjak-injak usahamu. Tuh, kamu lihat ajah mereka ndak ke mana-mana juga 'kan. Masih di situ terus, kok.

Ya sabar, Allah itu Maha Adil, melebihi segalanya. Kadang kita manusia ini suka lupa ya, kalau lagi merencana hidup itu kayaknya lupa sama empunya rencana. Selagi kamu yakin, Dia senantiasa ada dalam hati kamu usah khawatir sama ujian dunia. 

Tenang-tenang ajah, Nduk. Sampai waktunya, sabar dan usahamu itu pasti punya hasil malah manfaat buat sesama, yang penting Allah setuju kok!"



*p/s: Halus bait-bait kata dan bahasanya, penuh keibuan walaupun antara kami bukan siapa-siapa. Trimas ya Bu Pipit, Allah jua yang membalas segala budi baikmu menenangkan hatiku saat ini. Benar-benar menghargainya, Bu.

Selasa, 25 November 2014

Gulai Asam Pedas yang menggoda nafsu...

SUKA Asam Pedas? Aku? Suka sangat-sangat. Sejak bila tak pasti, rasanya lepas pandai makan makanan pedas. Setiap hari, sekurang-kurangnya kena ada sejenis lauk pedas. Kadang tu, bila jadual kerjaan sibuk dan padat - melekat, aku masak sambal tumis ikan bilik or ikan selayang (sardin) untuk bajet seminggu makan. Selesai.

Kalau nak kawal makan, lauk ni memang aku akan elak masak. Kalau tak, jahanam diet. Apa taknya, asyik berulang-ulang makan. Tengah malam pun aku sanggup pulun tanpa rasa 'berdosa', lepas makan...enak baring-baring, barulah teringat 'dosa' yang dah selamat masuk dalam perut hehehe.

Gulai Asam Pedas ni biasanya ada dua jenis yang aku gemar. Kalau rajin dan ada kepala ikan merah atau jenahak, tak pun ikan duri size sederhana tu, aku akan buat asam pedas versi bertumis. Sebabnya, bukan kerana guna ikan mahal...cuma kalau guna kepala ikan or ikan duri biasanya bau hanyirnya lebih sikit, so kena guna banyak bahan bantuan terutama penggunaan asam jawa.


Bila time malas, rasa nak makan tanpa rasa bersalah sangat...aku masak asam pedas ala rebus je dan guna asam gelugor atau asam kandis kampung. Paling penting, untuk kedua-dua versi ni aku akan guna lebih daun kesom dan bubuh sayur kegemaran terutamanya batang keladi, terung, bendi atau sawi jeruk. Kadang tu, kalau tak ada stok sayur aku belasah bubuh daun kesom banyak-banyak (jadi sayurlah jawabnya) hihihi.

Macam hari ni, aku masak sejenis lauk je. Kebetulan time pergi NSK tu hari banyak ikan kembung segar bugar, geram betul nengoknya...maka jadilah manusia tamak, berekor-ekor aku sumbat bubuh dalam plastik. Sekali timbang, RM19.60. Hah...hambik ko, tamak sangat!

Dalam pasu kat balcony, dah merimbun daun kesom. Dah tua-tua daunnya, tak sia-sia berbudi pada tanah walaupun mampu dalam pasu je. Pastu, jiran rumah bawah pun ada bagi batang keladi. Memang terujalah dibuatnya, 'kan.


Tiga ekor ikan kembung aku kerat 2 setiap sekor, batang keladi direbus dulu kemudian perah airnya. Cili blend memang selalu ada stock, so senang kerja. Cuma tambah apa yang patut je. Oh, hari ni aku buat gulai Asam Pedas Rebus Ikan Kembung dengan batang keladi. Bubuh pulak sepinggan daun kesom, perghhh...baunya semerbak satu rumah!

Huish...cakap banyak tak gunalah, kalau nak tahu nikmatnya menghirup kuahnya kenalah buat sendiri ye. Tak payah nak resipi sangat, sebab aku main campak je cili kisar, bawang merah, bawang putih, kunyit, asam kandis, gula dan garam secukup rasa. Aku tak pakai bahan perasa mcm pak aji ke apa-apa jenis tu, cukup bubuh bawang putih lebih sikit...rasanya lebih sedap daripada letak bahan perasa yang membahayakan kesihatan tu, Uolls.

Oklah...nak sambung makan semangkuk lagi. Jumpa next entry ye...terima kasih sudi singgah baru baru aku ni ye. Muah ciked!


#AsamPedas #Daunkesom

Isnin, 24 November 2014

Konsert Kembara yang awesome...

20hb Nov 2014, dari office bergegas ke balik. Tukar baju, kemudian keluar balik drive menghala ke Istana Budaya. Aku nak memahat kenangan indah bersama Kumpulan Kembaca yang julung kalinya buat persembahan skala konsert di IB.

Walaupun keseorangan, aku gigihkan jugak demi Kembara. Lagipun dalam Panggung Sari nanti ramailah 'kawan', 'kan.

Pengalaman duduk seat paling depan, ala-ala dah macam bertentang mata dengan semua anggota kumpulan Kembara satu pengalaman mengujakan bagi aku. Setiap gerak mereka aku perhatikan dengan ralit.

 

Tak malu nak ngaku ni, ada 1 lagu yg bait-baitnya sangat menyentuh rasa...mcm terbayang-bayang lepak kat kompleks daya bumi...bangunan pudu raya lama...aduh kenangan!

 
 
 
 
 
28 tahun tanpa konsert, Kembara betul-betul membuktikan mereka masih kental dengan semangat juang, bertenaga dan mampu menyengat biar zaman telah banyak berubah. Membesar dengan lagu-lagu Kembara, aku cukup enjoy di seat penonton...habis semua lagu aku konsertkan ala2 syiok sendiri hahaha.

Sungguh, inilah 'kembara seni' yang menggetarkan rasa. Moga ada lagi peluang melihat anak-anak seni penuh semangat juang ni beraksi di pentas gah Istana Budaya. InsyaAllah. Uolls boleh baca artikel pasal konsert Kembara Hati Emas ni di sini

Konsert Kembara dah selesai, now menghitung hari untuk konsert rock lejen, Search Life In Istana Budaya 2014 yang bakal menjanjikan konsert paling menghiburkan peminat setiap mereka bermula 4-7 Disember 2014.


Kemudian menyusul teater Tahta 3 Ratu yang membariskan Erra Fazira, Awie, Beto Kusyairy, Izreen Azminda, Dato' Rahim Razali, Soo Winci, Meor Hashim Manap, Remy Ishak, Ellie Suriaty, Azri Iskandar dan ramai lagi.

#KonsertKembarahatiEmas #KumpulanKembara #SearchLiveInIstanaBudaya2014 #Tahta3Ratu #PanggungSari #IstanaBudaya