.

Isnin, 25 Mac 2013

Muka sendiri...saja nak glamer hahaha ^_^



Tqvm Scenic Leisure Event dengan kerjasama PHP Travel &Tour Sdn. Bhd kerana sudi jemput writer Majalah Jelita (aku 'lah tu...hehehe) meneroka sebahagian daripada keunikan yang ada di Kota Taipei. Terima kasihlah daun keladi, lain kali boleh jemput lagi.

Ahad, 24 Mac 2013

Setuju sangat...


Kadang-kadang, kita terlalu gigih nak 'menonjol' diri hingga lupa, kita sedang berusaha mempamerkan sikap keAkuan lalu ada hati yang terguris!

Sabtu, 23 Mac 2013

Berjimba di Chow Kit...





Perghh, rasanya sudah berzaman tak mahu Pasar Chow Kit. So, hari ni gigihkan diri meronda sekitar pasar ni. Seronoknya, susah nak cerita (atau mungkin aku saja yang jenis seronok dapat masuk pasar basah macam ni? Tak kisahlah, bukan pergi tempat tak elok pun kan ^_^).

Sebenarnya, hari ni agendanya nak mencari barang2 baking. Selain cuci mata peralatan baking yg belum ada dlm simpanan, terutamanya cake stand, acuan kek, pewarna dan byk lagilah. Pendek kata, hari ni penuh dgn ketamakan hahaha.

Alhamdulillah, selepas 3 jam merayap dpt jugak barang2 yg dicari. Boleh dikatakan lengkap semua yg dihajati, sekali gus merabakkan poket wakakaka. Takpe la kan, janji puas hati. Kalau tak beli barang2 baking pun duit aku tetap habis, so baik beli sesuatu yg aku nampak daripada 'berhabis' tak meninggalkan 'tanda'!

Lega, itu perasaan aku apabila drive balik rumah. Apa taknya, dlm bonet penuh dgn ikan, ayam, sayur kampung (terutama nangka muda utk buat ulam...cedap ooo ^_^), telur segar, 2 biji pinggan cake comel & gambar (sempat la snap 2-3 keping suasana dlm pasar tu je). Huh...sgt best perasaan aku hari ni, kalau hari2 mcm ni alngkah seronoknya. Tak ada stress or migraine dgn perangai manusia yg pelik2.

Selasa, 19 Mac 2013

Buat baik berpada-pada...yup ^_^

Buat sekian kalinya, aku tersentuh hati dengan sikap segelintir manusia yang memandang 'serong' dan negatif dengan niat baik orang lain. Selalu fikir, kita buat baik sebab 'ada makna'. Kalau ditegaskan, depa kata kita sensitif, hati kapas, 'tacing' dan macam-macam lagi.

Siapa tak terasa hati kalau keikhlasan kita dipertikaikan. Yup, aku tak pernah menafikan 'keikhlasan itu rahsia hati'. Tapi, perlukah mempertikaikan kebaikan orang lain? Aku rasa tak perlu kot, sebab masing-masing ada cara tersendiri. Kalau ye pun tak suka, diam. Jangan banyak bunyi, nanti berlambak dosa!

Hah, beginilah aku kalau dah sakit hati. Try tak nak emo kat sini, kalau boleh mahu cerita yang baik-baik saja dan harapnya, janganlah ada sesiapa cuba mencabar kesabaran hati aku ni. Hehehe...begitulah ceritanya, kita sambung lagi ye.

Sabtu, 16 Mac 2013

Si talam 2 muka...

Kuih Talam memang sedap...tapi talam 2 muka memang binasa!!!
 ‘Orang yang bermuka dua’ @ atau orang yang bermuka-muka'- orang yang menyembunyikan apa-apa yang ada dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeza daripada apa yang disimpan dalam hatinya. Orang yang bermuka dua ialah orang yang sangat berbahaya. Sebab, dia musuh dalam selimut yang sukar dikesan atau dibuktikan.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi daripada Ammar bin Yasir)

Jumaat, 15 Mac 2013

Ikhlas...

Tiada satu pun ubat yang mampu menyembuhkan sakit hati kecuali KEIKHLASAN

Rabu, 13 Mac 2013

Unfaithful...

Lama jugak tak 'lepaking' with 'Selipar Jamban' (nama sebenar dia tak payah bagi tahulah ye, aku gelar dia 'Selipar Jamban' sebab selain dia suka pakai selipar jamban, dia memang banyak koleksi selipar jamban. Kalau kasut dia hilang kat surat, dia rela pi pinjam selipar jamban daripada sauk kasut or sandal orang lain...dia memang 'selipar jamban mania'). Kalau menyapa pun hanya di inbox FB. Itu pun jarang sangat, maklumlah pakat-pakat sibuk memenuhi tuntutan kehidupan yg semakin mencabar.

Tup-tup, tengah hari tadi...waktu aku sibuk dengan fashion shoot kat studio, dia (Selipar Jamban) sms ajak lepaking lepas kerja. Kebetulan, hari ni tak banyak benda nak dibuat. Order 'semekut coklat' pun dah disiapkan semalam, tinggal tuannya datang ambik je.

Jam 9.30 mlm, aku standby kat tempat yang dijanjikan. Tak sampai 10 minit, Selipar Jepun sampai. Masih lengkap dengan pakaian opis. Cuma muka nampak penat dan kusut (plus...berselipar jepun), dari jauh dia dah hadiahkan senyum. Tapi pada mata aku, nampak tak berapa nak berseri sangat senyum tu. Penat kot, aku cuba berbaik sangka.

Selipar Jepun, memang dari zaman sekolah sampai dah masuk umur 36 tahun, dia memang tekun. Bagi apa saja pada dia, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh. Sangat gigih, sebab itu ramai org suka dia. Awek jangan cakaplah, bersusun nak ngorat dia. Kalau dia pinang, free-free pun depa sanggup kot ^_^

Ok, berbaik pada cerita pertemuan kami. Sebaik saja dia duduk, bau minyak wanginya terus menusuk masuk ke lubang hidung aku. Wangi giler... mcm nak dating dengan awek pulak *_*

Selipar Jamban (SJ): Lama tak jumpa ko, Nn!

Aku: Haah... ko kan mmg jenis cepat lupa diri...kan...kan...kan

SJ: Aku sibuk, banyak tender nak kena submit. Ni pun aku dari opis. Ko sihat? Nampak cerah semacam je muka, gemuk hahahaha.

Aku: Dah hari-hari kerjanya makan je, buntal la aku. Ko apa cer, tetiba muncul. Sure ada gosip baru, cer citer sikit.

SJ: Kita makan dulu la, aku belum mkn dr tgh hari tadi. Lapar tahap cipan neh!

* Kami order Mihun Celup versi Thailand, Asam Boi dan Tembikai Laici

Aku tengok dia mcm tak bernafsu nak makan, katanya lapar. Dia juga banyak diam, tak murai macam biasa. Hmmmm...apalah masalah member aku neh???

Aku: Wife...anak-anak, sihat? Lama tak jumpa depa.

SJ: Anak ok.

Aku: Ko ada apa-apa nak share dengan aku?

SJ: Nn...aku rasa...aku ni mcm bangsat sangat! Lelaki bacul...tak guna sesen pun!

Aku: Wey, apa cakap mcm tu? Jangan nak meroyan pelik2, cer citer elok-elok.

Selasa, 12 Mac 2013

Al-Fatehah...Zarian Abd Rahman

Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. Semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya, dan dipermudahkan segala urusanmu di sana. Al-Fatehah. AamiiDaripada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. Semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya, dan dipermudahkan segala urusanmu di sana. Al-Fatehah. Aamiin.
Al-Fatehah buat bekas teman sekerja (di unit promosi Berita Publishing Sdn. Bhd), ZARIAN ABD RAHMAN yang kembali ke pangkuan-Nya petang semlm (11.03.13) kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. Semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya, dan dipermudahkan segala urusanmu di sana. Aamiin.

Isnin, 11 Mac 2013

Mari bantu adik kita ni...Terima kasih, budi baikmu dalam kenangan

Tadi dalam FB banyak tersebar info berkenaan 'Angah' ni. So, aku share kat sini dengan harap ada yang sudi menghulurkan bantuan. Terima kasih atas budi baik kalian. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Aamiin.

* Info keadaan Angah :
- Angah berumur 5 tahun
- Menderita penyakit Leukimia dan kanser pada duburnya..
- Akaun bank Ibu Saudara Angah, iaitu adik kepada Bapa Angah.

Tikam belakang utk survive...

Mengenai org yg suka 'tikam belakang' untuk hidup/survive...Ingatlah pesan Nabi, takutlah pada Allah yg Maha keras azabnya bagi mereka yg tidak mahu bertaubat...

“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith riwayat Malik, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)


* pesanan Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria dalam rancangan Saffiya di TV9. Kunjungi FB pagenya di sini
Cantik & manis 'kan Ustazah Noor Laila ni, baik orgnya.
Mudah memberi kerjasama beberapa kali kepada aku menerusi Majalah Jelita. Terima kasih banyak, Ustazah ^_^
 

Ahad, 10 Mac 2013

Kasut merah + gulai siput sedut...

Rasanya macam dah lama sangat tak makan Gulai Kuning Siput Sedut. Selepas kes terbeli 'gulai siput sedut busuk' kat pasar malam, tak silap dekat setahun lebih tak makan. Pagi ni, awal-awal lagi aku dah bangun. Misinya nak mencari siput sedut, bikin gulai sendiri.

Alhamdulillah, dapat beli 1/2 kilo siput sedut. Sambil tu, rembat jugak barang lain (ni memang tabiat biasa bila masuk pasar raya...sesi perabiskan duit yg x berapa nak ada 0_0).

Lepas 1 jam merayap tak hengat dunia, barulah teringat nak balik rumah. Itu pun lepas perut dah keluar macam-macam bunyi. Sampai rumah, bergegas masuk dapur. Yup...time untuk berperang dengan siput2 sedut itu. Amboi pakat-pakat tak mo 'mati, dah hilang separuh hujung kepala pun still gigih nak 'melarikan' diri dan aku pula macam org sawan dok terjerit-jerit marahkan binatang suka merayap tuh. Arghhh...nak mkn pun payah!!!

Lepas 20 minit berperang dengan cik siput, sesi menumbuk rencah gulai. Rasa mcm nak rabak biji mata bila air cili padi terpercik masuk dalam mata. Oh mak ai...rasa macam nak guling-guling atas lantai. *PENGSAN*

Selepas 1 jam berperang di dapur, dengan tangan penuh kaler kunyit...siap sudah hidangan yang dihajati. Huh...nak layan tekak pun payah'kan. Apa pun berbaloi sebab cita rasa sah-sah ikut tekak sendiri, tahap kepedasan sure la tahap gaban'kan. Now...korang layan gambo eh sebab aku nak layan nasi sepinggan dua bertemankan Gulai Kuning Siput Sedut & Ikan Selar Goreng....wehuuu...*_*

Sweet je kaler sepatu ni...so rembat...murah je RM11.90
Pen merah pen biru...u marah i (...cer sambung...cer sambung hahaha)
Dua barang ni mmg x de kene mengena dgn cerita masakan aku hahahaha
Rupa siput sedut ni mmg tak berapa nak cun, tp bila dah basuh bersih mmg terpikat
Ha...ni hasilnya, kan cun tu
Semerbak baunya uolls...dlm periut lagi, sat lagi bole sedut

Ha...ni dia...kalau dpt siput sdut size besar sure lagi best. Tapi mcm ni pun kira syukurlah kan.

Peneman, simple but sodap uolls

Sabtu, 9 Mac 2013

Baking time...for old friend's (Part I)...

Lama tak jumpa Azie dan Wawa, kawan lama yang pernah kerja bersama dalam team Majalah Jelita. Dulu kami berempat, aku, Azie, Ila dan Wawa. Sekarang hanya Ila yang masih kerja bersama aku. Azie dan Wawa sudah bertemu kerjaya impian mereka.

Kebetulan hari ni nak singgah balik rumah Ma, so kami plan jumpa 1-2 jam kat area Serdang. Actually, memang payah nak plan jumpa sebab time kerja masing-masing tak sama, tambahan pulak Azie sekarang stay kat Seremban (dekat dengan tempat kerja dia). Jadi, bila dia turun KL barulah dapat la plan jumpa.

Memandangkan hari ni agak free, so aku merajinkan diri baking Red Velvet Cup Cake with Cream Cheese. Hope, depa bertiga suka la dengan hasil masakan aku nanti. Hehehehe...ok lah, lepas cuba depa aku update balik ye. Now, korang layan gambar je dulu k ^_^


Mula2 buat versi malas...
Lepas mood rajin dtg, baru la buat versi cup cake

Siap dibakar

Siap boh dlm kotak...
*update...

Jam 9pm, aku sampai di tempat pertemuan dan nampak kelibat Azie, Ila juga En. Tunang dia ada bersama. Maknanya, Wawa belum sampai.

Dek ralitnya bersembang (terutama kemelut di Lahad Datu), lupa nak snap gambar hehehe. Takpa la, simpan dalam ingatan kegembiraan mlm ni. Lagipun, Azie janji nak plan jumpa lagi. TQ Azie, Ila dan Joe sebab sudi rasa cup cake saya eh ^_^

Wow...Awie 'jumpa' Erra...

Semalam kat Instagram, Gee (Fauziah Latiff) ada post 1 keping gambar 'menarik'. Hehehe...kat dalam gambar tu ada muka Erra, Awie, Gee & Ezlyn. Hmmm...menarik, sebab bukan senang nak tengok gambar mcm tu.

Kredit gambar: Instagram Fauziah Latiff

Kredit gambar: Instagram Fauziah Latiff




... kemudian pagi ni buka Mstaronline ada story pasal mereka (Awie & Erra). Kepada yang belum baca, aku tempek kat sini lah pasal cerita depa eh.

Awie Dapat Izin Isteri Temui Erra Fazira




PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Ruzana Misbun memberi keizinan kepada suaminya untuk bekerjasama dengan bekas kekasihnya, Erra Fazira, menerusi rakaman program bual bicara Tunggu Sekejap di TV3.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, selepas mendapat tahu pihak produksi program yang dikendalikannya itu menjemput Erra sebagai tetamu undangan, dia terus memberitahu perkara tersebut kepada isterinya agar tidak berlaku salah faham.

"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.

"Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)," katanya yang dihubungi mStar Online petang Jumaat.

Awie yang merupakan hos Tunggu Sekejap dan Erra telah digandingkan bagi menjayakan rakaman rancangan itu musim kedua yang berlangsung di studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Khamis lalu.

Penyanyi itu menemu bual Erra selama sejam dan ini merupakan kerjasama pertama mereka selepas berlakon bersama menerusi filem Cuci pada tahun 2008.

Sebelum ini, Awie dan Erra pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun perhubungan itu putus pada tahun 1998.

Tambah Awie, dia sebenarnya tidak senang apabila isu gandingan mereka diperbesarkan kerana kerjasama itu lebih bersifat profesional.

"Perlu diingat apabila bekerja di bawah satu industri yang sama, pergilah ke mana sekalipun kita pasti akan berjumpa.

"Sebenarnya saya tak suka komen tentang hal ini, kami tidak ada masalah apa-apa pun. Cumanya... masalah akan timbul jika ada orang yang tidak senang dengan kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Awie berkata, dia turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi.

Selain itu Awie juga merancang untuk menganjurkan sebuah konsert trio yang menggandingkan dia, Erra dan Ziana Zain, bagi mengingati filem Sembilu lakonan mereka yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.

"Jika masa mengizinkan, konsert ini bakal berlangsung pada tahun ini, tetapi semuanya masih lagi dalam perancangan.

"Saya percaya konsert ini pasti memberi kenangan pada zaman filem Sembilu yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1994," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut.

Jumaat, 8 Mac 2013

Khamis, 7 Mac 2013

Just tired...


Tika...

Foto: Google

Wahai teman,
Maafkan… jarak menjauhkan kita dan aku tahu aku terleka. Tanpa sedari kau telah berlalu. Pergi tanpa pamit walau sepatah kata. Tatkala dicuit rindu, baru aku sedar,  baru aku perasan, dalam hati terdetik, 'eh..mana kau?'

Wahai teman,
Kau menghilang, tiba-tiba kenangan  kita  menyapa … rasa kosong,  penuh kekosongan. Sepi dan sunyi… Aku cari kau  merata-rata, akhirnya aku jumpa. Kini kita dicampakkan ke tempat yang berlainan, kita leka dengan dunia  baru. Kita dengan kehidupan yang serba berbeza.

Wahai teman,
Aku malu untuk memula bicara, takut mengganggu. Mungkin kau pun fikir begitu. Lalu, hari berganti hari, kita terus menyepi tanpa kata. Hubungan  kita makin berantakan,  ada rahsia antara  kita. Aku dan kau mendiamkan diri.

Wahai teman,
Aku sedar,  tanpa aku, kau  masih boleh berdiri, bergelak ketawa seperti waktu kita masih bersama. Aku andaikan, kau sudah temui pengganti. Tak mengapa, selagi aku tahu kau bahagia,  aku puas walau kita tidak bersama. Tidak lagi berkongsi cerita, canda dan tawa. Walau kita di laluan berbeza, kau tetap sahabatku selamanya.

Wahai teman,
Memori kita tika bersama akan sentiasa  tersemat indah di dalam hati dan ingatan. Senyum waktu itu masih tergiang-ngiang di ruang ingatan. Hangatnya kasih sayang yang kau curahkan, masih segar dalam hati. Pesan dan kata-kata kau selalu menjadi api yang membakar semangatku setiap kali aku mahu rebah.

Wahai teman,
Bukan salah siapa-siapa, cuma kadangkala kita terleka.
Bukan juga salah si jarak, kerana kita sendiri khilaf.

Kita leka dan khilaf.

Rabu, 6 Mac 2013

Sambal Tumis Sotong...

Malam ni tensionnya semacam, macam-macam benda berselirat dalam kepala. Semuanya berlumba-lumba minta difikirkan...Adoyai 0_0, sampai nak tido pun tak boleh. So, apa nak buat?

Cara aku melepaskan tension, antara main masak-masak. Yup, jam 12.45 malam aku tak boleh nak lelap. Kaleh kiri, kaleh ke kanan...tetap tak boleh nak tido. Makin dipaksa, tambah sakit otak aku. Bingkas bangun, on lampu dan terus masuk dapur.

Dalam peti sejuk ada beberapa ekor sotong yang dibeli kat Pasar Tani Taman Melawati Sabtu lepas, cili kisar pun ada. So, apa lagi...bersilat la kat dapur dengan gigihnya. Lepas tu cuci dapur, mop lantai dan kemas ruang tamu. Huh...rasa nak patah pinggang. Ini adalah usaha utk memenatkan badan supaya senang nak tido ^_^

Jam 2.30 pagi, masuk bilik. Walaupun badan penat setengah gila, biji mata tetap segar-bugar. Mak ai...sakitnya hati kita, wak!!! Arghhh!!! Apa yang aku mampu buat cuma berzikir dalam hati (time ni kalaulah bendara merah x berkibar2, dah lama aku solat sunat...solat taubat & mengaji Quran).

Jam 5 pagi, mata baru nak layu-layu, memang sakit hati tak dapat nak menikmati waktu tido. Hmmm...apa nak buat tak ada rezeki. Redha je la kan...


Sambal Tumis Sotong
Resipinya cukup simple:
Bahan:
7 ekor sotong dipotong-potong
10-15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, dititik
Sedikit belacan
1-2 keping asam gelugor
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menumis, secukupnya

Cara memasak:
1. Masak sotong tanpa minyak, sehingga separuh masak.
2. Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan belacan.
3. Tumis bahan kisar bersama serai dan asam gelugor. Masak sehingga pecah minyak.
4. Bubuh garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan sotong.
5. Apabila sotong masak sepenuhnya, padamkan mati. Siap.

Selasa, 5 Mac 2013

Sharing with luv - Kalau tak suka, pulangkan...

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

Ahad, 3 Mac 2013

Rock Ooo...Sempoi habis *_*

Dah berhari-hari bertangguh nak pegi layan Rock Ooo kat panggung. Hari ni, memandangkan tak berapa banyak urusan perlu diselesaikan maka aku ambil kesempatan ke MBO, Festival City, KL. Plan nak tengok jam 6.10 ptg, tapi tiket habis (hebatkan...)

Nak tengok punya pasal, aku sanggup tunggu next tayangan, jam 8.15 mlm. Sempat la aku buat sesi 'melawat kawasan' kat dalam Festival tu. Penat keluar masuk butik, aku singgah minum. Lepas tu sambung lawatan hehehe.

Ok cerita pasal Rock Ooo, secara peribadi aku bagi 5 bintang kat filem ni. Cuma sejujurnya, aku lebih suka first filemnya (Rock). Tapi, masing-masing punya cita rasa 'la 'kan. Apa pun, movie ni memang layan. Bikin kita ketawa berdekah2, lepas tu ada part-part tertentu boleh meleleh air mata wey. Hukhukhuk...hihihi *_*

Secara keseluruhan Rock Ooo ni memang menarik untuk ditonton seisi keluarga, terutama peminat muzik rock. Selaku pengarah, Abang Mamat Khalid berjaya menyuntik emosi melalui visualnya, cukup hebat!

Tambah menarik, penggunaan seleksi lagu seperti Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata & Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana & Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat Ini (Medicine), Sejuta Wajah, Teratai (Sweet Charity), Untukmu Sayang (Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan  Suci Dalam Debu (Iklim), banyak mengimbau kegemilangan zaman rock kapak. Pengisian lagu ni bukan kosong atau hanya untuk memenuhi durasi filem ini, sebaliknya, setiap lagu membawa pengertian mengenai kisah yg berlaku. 

Tiada siapa dapat menafikan kehebatan barisan pelakon hebat seperti Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Soffi Jikan (Zul Kapan) dan Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah). Mereka berjaya menterjemahkan watak masing-masing dengan cara tersendiri. Terubat rindu pada lakonan Que lepas dua tahun menyepi tanpa sebarang filem dan drama.

Khir yang selama ni selalu membawa watak antagonis begitu menyerlah dengan watak Jijo, dia membuat penonton pecah perut dengan kata-katanya yang slumber. Lagi satu, suaranya sedap jugak bila menyanyi. Tak percaya, kena tonton sendiri...sempoi je beb!

Pekin sebagai Slash yang mirip Johnny Depp tu pula (walaupun masih nampak 'jambu') menarik perhatian kerana biarpun berjiwa rock, dia sebenarnya seorang pencinta yang setia. Malah, ke mana sahaja sanggup membawa teman wanitanya.

Pendek kata, Rock Oo! adalah naskhah terbaik Mamat dan cukup terhibur menontonnya. Tahniah Abg Mamat dan seluruh warga kerja Rock Ooo...Wa Caya Sama Lu!!!


Sinopsis Rock Ooo...
Kumpulan Rimba Bara baru sahaja kehilangan pemain gitar mereka, Zack dan perlu mencari pengganti bagi membolehkan mereka menyertai pertandingan Battle of the Bands. Setelah bertemu dengan seorang pemain gitar handalan, Slash (Pekin Ibrahim) dan berbekalkan semangat dan bakat serta bantuan bekas pengurus mereka, maka Rimba Bara berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tetapi malang menimpa Rimba Bara apabila pengurus mereka hilang tanpa berita, sekali lagi. Kehilangan arah dan kecundang, Rimba Bara bersetuju untuk pulang semula ke Ipoh.

Tidak lama kemudian, Rimba Bara dipukul lagi dengan satu tamparan yang hebat apabila vokalis Zul Kapan (Sofi Jikan) meninggalkan kumpulan mereka dan menyertai musuh ketat, Malaikat Maut.
Ahli-ahli Rimba Bara terpaksa menggagahkan diri dan bersatu untuk menentukan arah perjuangan kumpulan mereka.