.

Khamis, 28 Februari 2013

Apabila writer masuk 'lubuk' buku...

Asalnya datang ke Putrajaya sebab ada photoshoot dengan Najwa Latif, kebetulan dia ada sesi bertemu peminat kat sini.

Kata orang sambil menyelam minum air sirap, yang ada nata decoconya hahaha...Aku, memang 'hantu buku'. Pantang tengok buku, maka akan berhantulah aku di situ. Tengok jelah apa jadi...











... maka inilah kejadiannya, tamak dan gelojoh hahahaha- A.A.K ^_^


Rabu, 27 Februari 2013

Nabila tak mahu hipokrit...

Nabila sentiasa optimis...
Selain Shahz Jazle, aku juga sempat interview pelakon berbakat, Nabila Huda. Memandangkan dah ada depan mata, aku pun 'panjangkan' beberapa soalan yg selalu sgt kawan2 tanya pasal diri dia terutama penampilannya yang dikatakan seksi terutama di media sosial.

Kata Nabila atau mesra disapa Abil mengenai gambar-gambar yang di muat naik di laman sosial termasuk Instagram miliknya sekadar nak berkongsi kegiatan dia dan bukan mahu menimbulkan sebarang kontroversi.Tegas 'Mama Hot' ni lagi, kebanyakan gammbar yang dikongsikan di dalam laman sosial tu berkisarkan tempat-tempat menarik yang dikunjungi waktu penggambaran dan bercuti.

"Mungkin di dalam gambar itu pakaian saya sedikit seksi, tapi bukan itu yang saya nak tunjukkan kepada umum cuma mahu berkongsi gambar pemandangan dan latar belakang menarik di dalam gambar itu. Jadi, janganlah mudah menilai saya hanya dengan gambar-gambar di dalam laman sosial.Saya tak mahu hipokrit kerana itu kehidupan saya. Terus-terang, saya tak mahu ambil kisah sangat pasal cemuhan masyarakat," kata anak kepada penyanyi Amy (Search) ni, optimis.

Tegasnya lagi, apa-apa juga kontroversi atau isu yang ditimbulkan mengenai dirinya tidak dikaitkan dengan keluarga.Dia telah dewasa dan bertanggungjawab sepenuhnya pada diri sendiri.

"Tak perlu membabitkan ayah kerana saya sudah besar, lagi pun dia sudah tua dan saya tak mahu dia risau. Jadi, apa-apa juga masalah saya, biar saya bertanggungjawab."

Shahz Jazle tangguh kahwin...

Shahz Jaszle hormat keputusan keluarga tunang...
Jam 3 petang tadi, aku sempat temubual Shahz Jaszle kat majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal, bersempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25).

Ok kat bawah ni, aku buat skit laporan bentuk berita ye. Asyik biar korang baca versi 'bahasa pasar' je, hari ni kita ubah 'angin' skit eh. Enjoy ^_^

Tunggu bakal isteri habis belajar
Pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Shahrizal Jaszle, 25, terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redzwani Puteri,25, hingga tahun 2015.

Kata Shahz, penangguhan itu berikutan permintaan dua ibu bapa Redwani yang mahu bakal isterinya itu menamatkan pengajian terlebih dahulu.

" Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Memang pada awalnya kami mahu berkahwin awal, tapi sebagai anak, kami hormat keputusan keluarga demi kebaikan bersama," kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Walaupun perkahwinan mereka dua tahun lagi, tetapi pasangan ini telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis itu. Kata Shahz, tema perkahwinan di dalam taman menjadi pilihan mereka.

"Saya memang impikan tema perkahwinan di dalam taman, dan dia (Redzwani) setuju. Saya juga sudah buat beberapa persiapan termasuk lokasi perkahwinan kami nanti iaitu di Hulu Langat," ujarnya yang mengakui jarang bertemu tunangnya itu kerana kesibukan masing-masing.

"Dia sibuk dengan pengajian dan jadual saya pula padat dengan penggambaran, walaupun jarang bertemu tapi kami kerap berhubung melalui telefon."


Sewaktu sesi interview bersama Shahz & Redzwani

Redzwani Puteri selesaikan pengajian sebelum menjadi isteri Shahz

Ost Rindu Bertamu Di Abu Dhabi rancak bersiaran di kata TV ketika ini ^_^

Isnin, 25 Februari 2013

Cara mudah convert bahan baking...(Instant Cooking Units Converter)...

Tadi ada org pm aku kat Fb, tanya macam mana nak convert bahan daripada sukatan cawan ke gram atau liter. Er...actually, aku memang suka sangat sukat bahan guna cawan, ala-ala style org lama dulu-dulu.

Ma Tok dan Ma aku memang sukat bahan guna cawan je, senang. Tapi bagi yang lebih selesa menggunakan sukatan gram/liter bagai tu bole cuma lawat laman sesawang di sini. Hope bole membantu ye kepada yang bertanya tu ^_^ dan selamat mencuba resipi Banana Choc Moist Cake yg gua tempek kat entry petang tadi. Adios.
Ini rupa laman sesawang yang aku bagi link tu, rajin2 la godek ye. Happy baking time uolls ^_^

Semerbak baumu wahai Kek Pisang ^_^....

Hari ni aku bercuti, ada temu janji perubatan. Hish tak ada la serius sangat, cuma pergi mencuba rawatan Akupuntur. Itu pun atas desakan kengkawan yang dah bosan dengar rungutan aku yang acapkali migraine. Migraine bukan calang-calang, selagi tak muntah hijau, tahan sakit kepala sampai berguling2 atas lantai...memang tak sah.
Kali pertama cuba rawatan Akupuntur-xde la sakit mcm yg digebangkan kengkawan aku tu. Hish...ok je, cuma ngeri skit bila tgk kat badan, leher, dahi dan bahu ada byk jarum. *PENGSAN*!!!
Memandangkan hari ni Isnin, jadi ramai orang di tempat rawatan dan aku pulak terdatang lambat. Hmmm...apa nak buat tunggu je la dengan tabahnya ^_^. Selepas selesai rawatan, terus balik rumah. Mengantuknya Tuhan saja yang tahu. So lepas solat Zohor, hajat hati nak lelapkan mata sejam-dua, tapi nan ado!

Bukan main bulat lagi biji mata ni. Hamboi...tadi bukan main menguap macam anak badak (anak badak pun takut tgk aku menguap agaknya). Dek tak boleh tido, aku pun masuk dapur (aktiviti biasa bila bosan...cari makanan!). Hmmm...nak makan nasi malas, bukak peti ais nampak pisang yang dah 'lemau'. Mulanya nak buat Jemput-Jemput Pisang, tapi bertukar menjadi Kek Pisang.

Dapur Anis...^_^
Di -Dapur Anis- dengan gigihnya aku menggodek bahan buat Kek Pisang versi moist. Sedap ooo...maklumlah sendiri buat 'kan, kalau sendiri tak puji sapa lagi la yang nak puji 'kan. Sekarang ni aku tengah tunggu adunan kek masak. Dah 41 minit, belum masak sepenuhnya. So, buat sementara ni aku tayang versi The Making Banana Cake dulu ye. Bila dah masak keknya aku update.

Eh, jap-jap...oven dah bunyi. Maknanya Banana Moist Cake aku sudah masakkk! Huhuhu...jap pi tengok sat apa rupanya. Ahah...kalernya sgt la menarik, huhu dah boleh tempek kat sini, tak payah nak update bagai *_*


The Making...Banana Cake Moist
Inilah rupa Banana Moist Cake. Now nak belasah dgn air sirap huhuhu *_*

Resipinya untuk Banana Moist Cake mudah saja:
Bahan:
1 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda (bikarbonat)
1 cawan gula
1 cawan mentega
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit perasa pisang-tak nak bubuh pun ok jek
Sedikit choc rice-kalau suka & tak bubuh pun ok jek, Uolls

Cara buat:
1. Pukul telur bersama esen vanila mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan serbuk soda. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Akhir sekali bubuh pisang dan choc rice.
4. Tuang adunan dalam loyang dan bakar sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius (yang ni ikut suhu oven masing-masing la ye).





Sabtu, 23 Februari 2013

Gulai Lemak Kuning Ayam Dengan Batang Keladi...

Pagi-pagi dah bangun masak, sebab tengah hari ada job 'metik-memetik' hihihi. Lepas sidai kain yang dicuci malam tadi (sengaja biarkan semalaman, kasi toskan airnya), terus berperang kat dapur. Mula-mula garu kepala  tak tau nak masak apa, nasib baik teringat ada beli batang keladi 2 hari lepas. Terus bukak box sayur, Alhamdulillah keadaannya masih elok - boleh makan la ^_^.

Akhirnya dapat idea masak Lemak Kuning Ayam Dengan Batang Keladi. Actually, tak pernah masak lauk ni, tapi apa salahnya try 'kan.

Resipi gulai ni ringkas je, ayam (potong kecil2), batang keladi (kerat pendek-pendek, rebus sekejap dan toskan airnya), bawang merah (3/4 biji), cili padi (secukup pedas *_*), kunyit hidup (aku tak minat guna kunyit serbuk kalau nak buat gulai, tak 'mari' rasanya), serai dititik (2 batang sudah), santan (cukupnya), asam gelugor (2 keping dah ler, kang masam lak), garam (ikut cita rasa).

Lepas setengah jam, siap 1 hidangan. Lepas tu aku goreng ikan kayu (tongkol) (yang awal-awal dah dipotong-potong-) 2 ketul, siapkan 1 jug air teh o ais-simpan dalam peti sejuk ^_^, goreng ikan masin 4 keping. Lepas siap masak, kemas rumah dan mandi.

Jam1.30pm, keluar mencari nafkah yang HALAL! Huh, walaupun penat tapi berbaloi dengan upahnya. Jam 4.00pm selesai kerjaan, aku melencong ke KL. Hari ni sabtu, ada pasar malam kat Jalan TAR. Teringin lak cari novel, tudung baru sehelai dua dan pekena Rojak Singapore. Syukur, hajat dpt dipenuhi. Cuma novel yang dicari je tak jumpa 0_0.

Jam7.30pm, lepas solat kat Masjid Jamek teruk balik. Badan dah lesu dan lemau, baru teringat belum makan tengah hari. Tapi perut kenyang sebab tadi makan Rojak yang sedap tu, cuma mungkin perut masuk angin lambat makan. Ok la, nanti-nanti sambung lagi ye.

Lemak Kuning Ayam Dengan Batang Keladi


Rojak Singapore ^_^


Jumaat, 22 Februari 2013

Sweetnya Datuk Siti Nurhaliza sejak berhijab...

Siapa setuju tajuk kat atas ni, angkat tangan! Hehehe...cuba tengok betul-betul, sejak berhijab ala-ala Hana Tajima ni Datuk Siti Nurhaliza sweet sangat dan paling penting, nampak lebih muda. Betul tak? betul...betul...betul (mood: Upin & Ipin).

Sejak dia berhijab, aku belum berkesempatan jumpa dia lagi. Sekadar tengok penampilan barunya dalam Instagram dan Internet je la. Misalnya mcm gambar di bawah ni, walaupun muka Siti nampak macam berisi (tembam) sikit, tapi dia still sweet 'kan. Alhamdulillah, berkat bertudungkan. Hope lepas ni lebih ramai artis/selebriti bertudung. Aamin ^_^

Gambar: Google

Khamis, 21 Februari 2013

Sambal Tumis Daging Segar & Lempeng Pisang Bakar...

Balik kerja terpaksa redah jem. Dah le pagi tadi aku bangun awal sebab ada fashion shoot kat studio, memang penat satu badan. Rupanya punca jem sebab Jalan Tun Razak dilanda banjir kilat, so aku terpaksa cari jalan lain supaya tak terus menjadi mangsa yang ikut 'tersumbat' dalam 'lautan' kereta sepanjang Jalan Mahameru menghala ke Jalan Pahang.

So nak tak nak, aku terpaksa melencong ke pusat bandar. Ye masuk KL Uolls, hope pilihan aku tepat la ye. Alhamdulillah, jalan sekitar KL stabil boleh layan la. Dek melalui Kg Baru, aku pun gatal kaki singgah jap. Niat nak beli Laksam (sebab lama gila tak makan), sayangnya kedai tutup pulak! Jalan punya jalan, jumpa orang jual Lempeng Pisang Bakar. Terus cari parking, jalan kaki patah balik ke gerai tu.

Semerbak bau wanginya, terus rembat 3 keping (sekeping RM1.50). Sambil jalan aku dah tak sabar nak ngap lempeng tu, tapi tahan diri daripada buat perangai tak senonoh mkn sambil berjalan. Masuk je dalam perut kereta, terus selongkar plastik bag. Ngap...ngap...ngap! Huh! Nikmatnya dapat makan Lempeng Pisang Bakar panas-panas. Lepas sebat 2 keping, baru gerak balik rumah.

Sampai area rumah singgah lak kat Pasar Malam Taman Melawati, ingatkan dah habis sebab sampai dekat jam 9.30mlm. Tak ada la nak beli apa-apa sangat, cuma nak beli daging dalam sekilo jek. Tetiba teringin nak makan Sambal Tumis Daging (asyik bikin sambal udang, sotong, bilis, telur, ikan...nak gak tukar selera kan ^_^).

Alhamdulillah, penjual daging masih beroperasi. Aku rembat 1kg daging (lepas cubit2 isi daging tu, lembut memang sesuai untuk buat sambal. Kalau keras kang kena balik kat dinding Uolls). Lepas beli daging, macam biasa cuci mata tengok ikan, sayur dan buah. Tapi, tak ada yang berkenan dan teringin nak beli. So, balik awal la hehehe.

Sampai rumah, 'cabut' tudung, mandi...solat dan terus masuk dapur. Time ni memang seronok, walaupun penat tapi puas hati sebab masak sendiri apa-apa yg tekak teringin nak makan. Hmmm...tak sampai 1 jam, sambal Tumis Daging pun siap. Huh...tak sabarnya nak melantak...hahahaha! Ok la Uolls, layan gambar mcm biasa eh...esok kita sambung lagi bab lain pulak ^_^

Sambal Tumis Daging...meriah biji cili uolls...*PENGSAN*!!!

Sedapnya Lempeng Pisang Bakar ni tahap nak tumbuk dinding rasanya *_*

Selasa, 19 Februari 2013

Terima pasanganmu seadanya...

Aku nak sharing artikel yang pernah aku tulis di dalam Majalah Jelita. Mungkin bermanfaat untuk kita jadikan panduan ^_^. Jom baca eh, ini kredit utk Majalah Jelita ok.

                                                                  ***
Gambar: Google.
AWAL perkahwinan semua indah belaka, saling sayang menyayangi dan sangat romantik. “Saat-saat indah itu sudah berlalu, sekarang Bariah* selalu sibuk. Apabila di rumah, dia membentak-bentak saya seperti pekerjanya. Saya sedar, kerjaya saya tidak hebat berbanding dia namun saya suaminya,’ luah Mazlan*.

Malam itu dia bertengkar dengan Bariah, dan amarah mencapai puncaknya. “Memang gaji saya tidak besar dan semua barang dalam rumah ini kebanyakannya awak yang beli. Tetapi itu tidak bermakna awak boleh meninggikan suara kepada saya,’ itulah kata yang keluar daripada mulut Mazlan.

“Saya penat bekerja, banyak urusan penting di pejabat perlu saya selesaikan. Awak pula lebih banyak masa di rumah, jadi apa salahnya pantau keadaan anak jangan asyik goyang kaki sahaja,” ujar Bariah dengan nada keras.

Kata-kata itu cukup menghiris perasaan Mazlan, dia berasa tercabar dan diperlekeh orang yang dicintainya. Perasaan marah dan terhina menguasai jiwa apabila kekurangannya dibangkitkan, sedangkan sebelum mengambil keputusan berkahwin dulu wanita itu berjanji menerima dia seadanya. Kebahagiaan dan ketenangan dalam rumahtangga mereka bagaikan lenyap entah ke mana.

Keadaan ini antara masalah yang sering timbul membabitkan pasangan suami isteri yang berbeza taraf hidup. Ketika bercinta pasangan berjanji sehidup semati dan sanggup berkorban apa sahaja. Malangnya selepas berkahwin salah seorang daripada mereka mula mempersoalkan kekurangan atau kelebihan pasangan. Mengapa keadaan ini berlaku?


Sabtu, 16 Februari 2013

Sambal Telur Puyuh in the house...

Layan gambar ni dulu eh, aku merepek kemudian je. Saja nak bubuh entry je ni... sebab busy nak pi assignment Konsert 3 dekat Anuar Zain kat Stadium Melawati, Shah Alam malam ni (8.30pm). Kepada yang pegi tu, kita jumpa kat sana eh ^_^

Apam balik yg dibeli kat Pasar Tani, Taman Melawati.
Ini lauk, gua yg masak. So simple resipi, Sambal Telur Puyuh superduperspicy ^_^


Konsert Anuar Zain 3 Dekad - Auranya luar biasa...

Akhirnya, Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari bertemu peminat setianya dia Stadium Malawati, Shah Alam. Selain cover konsert untuk bahan berita, aku sendiri memang teruja nak tengok x-factornya jejaka idaman Malaya neh.

Serius, konsert ni memang kena bagi 5 bintang (*). Sepanjang 2 jam persembahan, bagi aku (secara peribadinya) konsert ni hampir lengkap kerana setiap aspek cukup teliti termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.

Lebih penting, suara Anuar tak pancit langsung dan pastinya yang paling diingati peminat 'aksi romantis &  nakal' nya 'Abang Nuar' menarik perhatian penonton. Sorakan dan jeritan kuat penonton mengisi segenap ruang stadium setiap kali Anuar mengusik dgn gurauan dan telatahnya. Pendek kata, penyanyi popular ni berjaya memukau lebih enam ribu (kalau tak silap la) penontonnya.

Anuar buka tirai konsert jam 9 malam menerusi lagu I'm The Lucky One dengan iringan 26 pemuzik bersama empat penyanyi latar. Seterusnya, Bila Resah yang mendapat sentuhan baharu di bawah pimpinan Mac Chew.

Selain lagu rancak Selamat Pagi Sang Suria,  Anuar menghiburkan peminatnya dengan lagu popular termasuk Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Ajari Aku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu, Ketulusan Hati, Bidadari, Semua Untukmu, Kain Pelikat, Teman Terulung dan Lelaki Ini.


Layan...berbaloi...puas hati
Penuh stadium
Ini gambar Google.Com
Hehehehe...
Berbaloi kerja mlm minggu uolls
Bukan saja kemunculan Nora Danish di pentas (yang disambut Anuar dgn penuh mesra dan romantis) suasana stadium gamat apabila Anuar mendendangkan lagu Cinta Tak Harus Memiliki bersama tiga penyanyi wanita Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi iringannya. Lebih menarik lagi, klip video lagu terbaharu berjudul Sempurnakan Aku buat julung kali ditayangkan di hadapan khalayak.

Bukan hanya kekuatan vokalnya yang konsisten dan lantang, malah persembahan Anuar juga berlatarkan paparan visual menarik pada setiap lagu dan pencahayaan berwarna-warni.

Sepanjang 2 jam bagaikan tak terasa, sedar-sedar Anuar melabuhkan tirai persembahan dengan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.

Selain penonton, kedua ibu bapa Anuar, kakaknya penyanyi Ziana Zain dan rakan artis lain seperti fara Fauzana, Hafiz, Fazli Zainal dan Datuk Rahim Razali.

...yg pasti, menonton konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta &  Sanubari cukup berbaloi.

Khamis, 14 Februari 2013

Yuna bakal kahwin...?

Tdi dok belek-belek Instagram, tengok pereka kecil molek yang tersohor-Hatta Dolmat ada upload gambar seorang jejaka mat salleh berbaju Melayu kaler gold. Eh, macam kenal je muka mat salleh tu. Memandangkan kat gambar tu dia ada tag nama 'model' baju tu, maka aku pun skodeng lagi. Memang tak salah, mat salleh yang dinamakan Hatta sebagai 'western hang tuah' tu adalah jurugambar peribadi Yuna Zarai.

Di bawah gambar, Hatta tulis "Fitting western Hang Tuah @throughjules (tag nama Jules) sungguh kacak! @kunumzarai (tag nama mak Yuna) ehhe,"

Ok, aku tak pikir or rasa apa-apa lagi. Terus belek Insta Hatta. Jumpa pulak gambar Hatta bersama mak Yuna. Aik... biar betul? Hmmm...kedua-dua gambar tu buat tertanya-tanya apa yang berlaku. Tapi ada jumpa respond drpd @kunumzarai tulis: Eh @hattadolmathdc. Semua org dh salah anggap. Ini promosi baju je.

Hah...maksudnya??? Oklah... Jom layan gambar.








Rabu, 13 Februari 2013

Pesanan roh kepada manusia...

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin da...n manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Renungkanlah...

* p/s: Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita. Semoga membawa manfaat bersama teman.

Layan tekak with Kari Ikan + Telur Dadar...

Hari ni start keje dengan mood 50-50, 50% nak siapkan kerja. Lagi 50% nak sambung cuti ^_^ , tapi apa nak buat, walaupun mood tengah tak stabil kena redah jugak sebab opis tu bukan aku punya hahahaha.

Waktu makan, tak tahu nak ke mana dek dua kedai makan yang biasa kami pergi masih tutup. Jadi, nak tak nak kena cari kedai makan kat kawasan lain la. Selepas 1 jam dok pikir dan pilih tempat, akhirnya kami (Athirah, Aishah, Yuse) buat pilihan makan tengah hari kat Restoran Anis Puteri di Kg Pantai Dalam.

Tak banyak lauk yang tinggal, sebab kami sampai dalam jam 1.30pm dan aku pulak, memang plan nak makan nasi dengan kuah kari berlauk ayam goreng. Apabila tak dapat, rasa macam tak kenyang je.

Balik kerja, jalan clear sgt (agaknya org masih bercuti pjg bersempena CNY). Sampai rumah terus masuk dapur, dalam kepala dah plan masak kari ikan jaket, telur dadar. Actually, nak buat sambal belacan sekali, tapi belacan pulak tak ada dalam stock. So, nak kasi pedas aku bubuh cili kisar masa tumis rempah kari hahahaha (kreatif tak??? Hurmmm...bolehlah, janji pedas!)

Lepas 1 jam, siap semua makanan yag aku teringin nak makan. Ya Allah, aroma kari semerbak dalam rumah. Lapar...lapar...lapar. Haishhhh...macam mana nak diet kalau gini gayanya Nn!!!

Kari ikan jaket...
Daging goreng kunyit...
Telur dadar...

Selasa, 12 Februari 2013

Salam taqziah Catriona Ross...

Salam taqziah buat Cat sekeluarga. Al-Fatehah
Hari ni dapat berita sedih daripada rakan artis, pelakon Catriona Ross (Cat) kehilangan ibu tercinta, Siti Zawiyah Ab Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas di Gerik, Perak pagi tadi. Berita ni dimaklumkan sendiri Catriona melalui akuan Facebooknya, selain memberitahu jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan.

Salam taqziah buat Cat sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujianNya. Al-Fatehah.


Kongsi berita sedih di facebook
Jenazah ibunya dikebumikan di Kota Bharu, Kelantan.


Antara kasih & kasihan...

Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun bebas kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan yg tidak ketara

Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadangkala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hatiku dingin bagai salju

Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini sendiri

Andainya ada yang dapat mengerti
Gelisah yg datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar kau berpura-pura

Isnin, 11 Februari 2013

'Jimba time' with 4 beradik 'musyuk'...^_^

Subuh hari dah bangun, hantar Ma pi kerja. Ye, Ma masih 'gigih' nak bekerja walaupun tak ada keperluan. Walaupun 1000 kali ditegah, jangan harap Ma nak dengar. Alasannya bosan...anak-cucu sibuk dengan hal masing-masing (...oh...part ni rasa sgt sedih dan insaf... aku tak terdaya nak please semua orang, aku cuma mampu buat yang termampu...sehabis mampu)

Syukur Ma pandai cari kerja, kerja yang cukup senang (bagi dia 'la, bagi aku macam buang masa. Baik dok umah ulang kaji Quran). Tapi itu yang buat dia happy dan dapat isi kesunyian hidup sejak Abah pergi buat selama-lamanya.

Lepas hantar Ma pi kerja, tak jauh pun lebih kurang 10 minit dari rumah. Aku pecut balik, sebab anak-anak buah dok melingkar lagi atas tilam...risau ooo!

Sebelum itu, singgah mamak beli sarapan (oh...yes, aku memang malas. Penat buat kek semalam masih berbisa dalam badan...huhuhu). Lepas tapau roti canai, teh tarik dan milo tarik terus balik umah. Sampai rumah 4 beradik masih tidur dengan macam-macam gaya.

Hajat hati mmg nak sambung tido, tapi rasa bersalah lak sebab semlm balik lewat dan tak sempat buat apa-apa. So, pagi ni aku mengemas apa yang patut. Kebetulan Ma baru reno ruang tamu dan dapur, jadi banyak barang tak berkemas lagi terutama pinggan mangkuk.

Dekat jam 2 pm baru selesai 35% barang-barang yang bersepah sana sini. Adoi, tak larat dah...angkat bendera putih lor! Aku kena hantar budak-budak ni balik rumah derang, sebab si kakak kata ada banyak kerja sekolah tak siap lagi. Jam 3.30pm, dah sampai area Kepong. Chit-chat, dah pukul 6pm. Huh, sekejapnya masa berlalu, rasa tak puas bergomol dengan budak berempat neh. Tak pe 'lah, lain kali jumpa lagi. Hope banyak masa yang boleh diluang bersama terutama dengan Mama Tok depa.

Cik Mian with Abg Amri
Cik Mian, Kakak Amni, Abg Amri & Abg Amzar
Abg Amzar & Abg Amri
Cik Mian with kakak Amni
Cik Mian...
Cik Mian lagi...
Dan...sampai rumah langit dah jingga 0_0