.

Khamis, 31 Januari 2013

Mandi wajib...WAJIB TAHU!

Just nak sharing dengan korang info berguna ni, sama-sama kita 'belajar' dan jangan biar diri dalam keadaan jahil atau sengaja menjahilkan diri. Mana yang tak berapa nak paham tu bole rujuk mana-mana ustazah or ustaz, paling mudah tanya mak or ayah kita.

Bb mandi wajib ni bukan orang perempuan je kena tahu, lelaki pun harus tahu apatah lagi dia ketua rumah tangga. Perlu ambil tahu untuk bimbing isteri dan anak-anak. Jangan pikir nak 'seronok' saja, ilmu tak nak ambil tahu. Bak kata UAI...kalau 'bodo' kena belajar ^_^

Mandi Wajib...WAJIB TAHU!!!
Jangan pandang remeh bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… daripada JAKIM.

Mandi wajib yang betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:  "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Rabu, 30 Januari 2013

Wardina + Hijab + surat terbuka...

Beberapa hari lepas tatkala menjenguk FB, jumpa share post daripada Wardina Safiyyah OfficialPage mengenai 'Surat versi Melayu dari Muslimah risau... pendapat anda, bagaimana?'. Aku kongsikan di sini kerana 'menarik' untuk kita baca dan renungkan bersama.

Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau

Print Scrn daripada FB Page Wardina

Nobody...


Aku...hilang...kosong...


Selasa, 29 Januari 2013

Serba serabai...

...pakai main tibai
...makan cincai-cincai
...tido tak 'dak bantai
...* perghhh, lamanya hidup 'berserabai' *_*

Sabtu, 26 Januari 2013

Akhirnya jejak Taipei World Financial Center...

YessS!!! Akhirnya, dpt juga menjejakkan kaki ke Menara Taipei 101. Ya menara tertinggi di dunia yang berada di Taipei, Taiwan. Bangunan pencakar langit setinggi 101 tingkat dengan ketinggian 608 meter ni terletak di Xinyi (atau dipanggil Taipei World Financial Center).

Dalam pelbagai aspek, bangunan ni pernah dinobatkan sebagai pencakar langit paling maju. Bangunan ni mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan hingga 1 gigabit per saat.

Toshiba telah menyediakan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j ) dan lifnya mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat dan pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91.

Satu teknologi untuk mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan pada ancaman gempa bumi, taufan dan angin. Teknologi ni bagus sebab mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.

Bangunan2 sekitarnya sgt menarik...
Kepesatan...view dari 101 Tower, Taipei
Nak pacak gak kat sini hehehehe...
 

Tempat beli tiket

Wang emas giant size ^_^

Pemandangan kat depan 101 Tower
Sesi pose

Butik berjenama 'meriah' betul dalam gedung ni
Pemandangan waktu mlm...sgt la chantek

Perghhh...tersergam tgh2 bandar
'Meletup' uolls!!!
Budak gemS sibuk posing dlm 101 tower *_*
101 tower ni dibuka secara keseluruhan pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru dan dirasmikan Presiden Taiwan, Chen Shui-bian, Datuk Bandar Taipei Ma Ying-jeou serta Speaker Parlimen Wang Jin-pyng.

Bestnya, di dalam menara ni juga ada pasar raya setinggi enam tingkat, butik berjenama, restoran, dan tarikan lain termasuk kelab malam.

Dari 2004-2009, Taipei World Financial Center  memang yg tertinggi di dunia. Tapi, sejak Januari 2010, menara ni dikalahkan Burj Khalifa, Dubai dengan ketinggian 818 meter. Apa-apa pun, lifnya masih yg terpantas di dunia ^_^

Tqvm kepada Scenic Leisure & Event  (SLE)  dan PHP Travel & Tours Sdn. Bhd atas jemputan menyertai trip ni dengan ucapan lain kali jemputku lagi hihihi. Okey, setakat ni dulu. Nanti aku update story lain sepanjang berada di Taiwan ye.


Rabu, 23 Januari 2013

Berjimba di Shilin Night Market...

Ini hari pertama aku berada di Taiwan. Sebaik saja touch down kat airport jam 7.30 pm, terus dibawa ke Shilin Night Market.  Tempat ni memang tersohor sebagai "raja pasar malam" dan boleh dikatakan menjadi magnet bagi pelancong di Taipei, ibukota Taiwan.

Di sini ratusan kios memeriahkan seantero pasar, menghadirkan keramaian hingga ke pagi. Bermula jam 4 petang,  Shilin yang terletak di sebelah utara Kota Taipei dipenuhi pedagang dan sekali pandang macam ada pesta tapi dua kali pandang mcm bazar kat Danau Kota, KL je la. Apa-apa pun, di sini sangat la meriah. Macam-macam ada.

Apa yang di Shilin? Apa yang korang nak, semua ada di sini. Selain makanan (untuk Muslim jangan sembarangan beli ye, kena sangat berhati2…aku cadangkan korang beli buah-buahan segar je la) pasar ni menyediakan pelbagai jenis ole-ole, produk fesyen termasuk baju, tas tangan (beg la), stoking, aksesori, juga alat elektronik.

Di sini boleh tawar-menawar, sebab harga yang biasanya terpampang bukanlah harga 'mati' tapi jangan tawar banyak sangat memadai dalam 10% daripada harga jual. Harga yang mereka tawarkan tak terlalu tinggi,  kita tak payah nak menawar habis-habisan untuk dapat harga terendah, pengalaman aku semlm…puas hati sebab daapt harga yang berbaloi dengan barang yang nak dibeli.

Misalnya, peniaga letak harga 300NT (RM30), aku dapat tawar 200-250NT (RM20-25). Lagi satu, peniaga kat sini berbahasa Mandarin, tapi tak ada masalah sebab kita boleh guna kalkulator untuk sesi tawar-menawar.

Lagi best, sesuai dengan musim (sekarag musim sejuk), Shilin  menawarkan produk sesuai musim. Adoyai, rambang mata tengok baju sejuk dan kasut-kasut yang cantik dijual dgn harga yang sangat berbaloi. Misalnya, kalau di KL jual RM300 tapi kat sini boleh beli dengan harga RM100-150 je!

Dalam pada tu, aku suka tengok peniaganya, mereka ikut trend, pakai boots, bermake-up dan hias kedai mereka dengan cara yang sangat menarik. Selain ramah, mereka juga bersih dan berbudi bahasa dengan pembeli.

Apa yang aku beli kat Shilin ni? Hahaha…aku beli selendang, cantik sgt. Harganya pun murah, RM10 je. Kalau beli di KL maybe dlm RM30 sehelai. Aku borong selendang 6 helai utk dihadiahkan kat family dan kengkawan. Oh ye, aku ada beli ‘baju iphone’. Unik dan murah, RM10 je.














Memandangkan baru sampai kota Taipei, jadi mood nak bershopping tak ada la membuak sangat. Kena simpan sikit duit untuk hari-hari berikutnya, mana tahu ada pasar malam lain yang lagi vass ‘kannn! Oh ye, nak ucap TQVM kat SLE  dan PHP Travel & Tours Sdn Bhd., sebab jemput join trip ni.

Ok lah kengkawan, aku sambung merepek esok lak ye. Badan penat ni, nak rehat dulu sebab esok kena bangun sangat la pagi. Biasalah ikut rombongan, semuanya berjadual.

Mencari damai yg lenyap...

...saja nak post gambar sendiri kat sini, storynya nantilah ye. Tengah mood kemalasan yang amat sangat, nanti bila mood rajin dah mari kita story la apa yang patut.

Suatu hari...Itik gembo-gembo...

Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muko come lote
Peel biar molek

Ahad, 20 Januari 2013

Carrot Cake + My Princess...

Hari ni agak free, tak macam semalam yang sangat padat dengan assignment dan sesi luah perasaan ^_^. So, memandangkan seharian ni tak ada sebarang temu janji maka bole la layan ‘me time’.

Pilihan aku untuk ‘me time’ tentunya melayan drama Korea. So, ari ni aku sambung nonton My Princess yang tertangguh berbulan lamanya. Semuanya ada 16 episod dan aku baru nonton 8 episod.

Best sangat ke My Princess ni? Bagi aku, memang bole layan dan berbaloi daripada dok layan drama Melayu kat tv tu. Balik-balik cerita sama yang disogokkan, banyak sangat bg menonton’ gula2’ (...dan sorry der, gua bukan antiMelayu!).

Jadi, kepada peminat dan pencinta cerita Melayu, jangan nak sentap sangat ye. Ini komen yang bersifat peribadi dari sudut kesukaan dan penerimaan aku sendiri. Kalau korang tak setuju, harap maaf dan tak perlu sentap-sentapan sebab masing-masing ada cita rasa sendiri 'kan, so nikmati aje!

So sweet je couple My Princess ni..

Dalam ni penuh drama siri korea...hambik ko hahaha
Tengah syok melayan dan menghayati cerita, tetiba telefon berbunyi …ring …ring.. kuangkat, kudengar siapa (hahahahaha…sengal!). Rupa-rupanya, jiran block rumah sebelah call. Katanya nak order kek. Omg…macam mana ni, vitamin M tengoh dok ‘bersemayam’ dalam badan ni!

Di hujung talian: Anis, agak-agak boleh buat tak 2 biji kek nak ambil pagi esok?
Aku: Akak nak kek apa, kalau ada bahannya boleh la sy buat (…rezeki jgn ditolak, jgn merungut nanti jd ‘mahal’, padan muka aku)

Di hujung talian: Carrot cake je, salut butter cream kaler oren boleh?
Aku: Kak, bagi saya 5 minit nanti saya call balik…nak kena check stock dulu.

Selepas 5 minit (gigih selongkar peti sejuk, semuanya ada kecuali carrot. Alahai…malasnya nak pegi kedai).

Aku: Akak nak ambil pagi esok, 'kan. Bole 'lah (mengalah pada rezeki yang datang…kena tinggalkan sekejap keseronokan menonton drama korea hukhukhuk).
Di hujung talian: Terima kasih Anis, sok pagi Anis hantar ke akak datag amik kat rumah?
Aku: Saya hantarlah, sambil-sambil nak pegi kerja kan.

Selepas 1 jam di Giant Taman Permata, Ulu Kelang. Aku pecut Mr Omme sederas mungkin. Kena siapkan cepat, sebab kalau buat malam potong mood pulak.

Dalam 1 jam 25 minit berperang di dapur baking, akhirnya 2 adunan untuk Carrot Cake berjaya disiapkan sebelum jam 6.30pm. Huh…bagai nak terkeluar peluh jantan!

Time bakar kek ni memang best (selain kek coklat), baunya…perghhh rasa nak tumbuk dinding harumnya *_*. Semerbak 1 rumah, sampai jiran sebelah ‘sound’ kat balkoni. “Anis, ada ‘sisa-sisa’ tu campak la kat sebelah ni hehehehe”

Hamboi, kemain ye. Nasib baik la memang ada baki adunan, bole la sumbat dalam cupcake’s. Tak banyak pun, dapat la 8 biji. Ah…cukuplah untuk dia makan dengan geng. Nak makan sampai kenyang kena order la ye hahhahaha.

*p/s…Actually, aku tak makan carrot cake. Apa lagi kalau bersalut cream. Kek yang aku minat, cuma butter cake. Tetapi ‘berniaga secara kecil-kecilan’ punya pasal, aku kena belajar buat. Belajar buat sampai sedap dan menjadi dengan cantiknya untuk kepuasan pengorder juga pemakannya huhuhu. InsyaAllah…Aamin.
The making Carrot Cake...Part 1
The making Carrot Cake...Part 2

Siap 1, tinggal lg 1 adunan besar dan 8 biji adunan cupcake's





Sabtu, 19 Januari 2013

Apa nak buat kalau suami/isteri MALAS..?

Hari ni ada 2 temu janji, walaupun cuti hujung minggu tapi biasalah kerja sebagai wartawan/writer time kerja memang tak menentu. Ikutkan badan, dah tak larat tambah pula migraine menyerang sehari-dua ni.

Dek janji yg dah dibuat, kena la ditepati. Bagi memudahkan pergerakkan, aku atur pertemuan di tempat sama (Mid Valley). Senang kerja, hari minggu macam ni kalau tak pandai atur waktu memang ke laut la...jem sana sini!

Temu janji pertama dan kedua selesai tepat jam 5 petang. Huh, lega. Penat badan dan otak jangan cakap la. Kalau bole nak baring je kat lantai Mid tu hehehe. Memandangkan kepenatan yang melampau, aku paksa diri balik walaupun otak digoda untuk cuci mata. Oh tidak, tak larat nak jalan dah. Cukuplah untuk hari ni.

Sayangnya, 15 minit sebelum sampai pintu gerbang rumah. Izzah (bukan nama sebenar ^_^) call, sambil menangis teresak-esak. Terkejut dibuatnya, sampai aku terkesima...tak terkata apa-apa.

Izzah: Nn, aku nak jumpa ko sekejap bole? (..akhirnya dia bersuara selepas dekat 3 minit melalak kat cuping telinga aku ^_^)
Aku: Bole...bila?

Izzah: Sekarang!
Aku: Hah (sambil pejam mata...omg!!!), errr...ok kat mana?

Izzah: JJ, Wangsa Maju (Jaya Jasco)?
Aku: Ok...aku gerak sekarang.

Izzah: Cepat sikit ye Nn, aku dah ada kat JJ ni!
Aku: Hah...(pejam mata lagi...pejam serapat mungkin...omg!!!) Ok. Tunggu jap.

Lepas gigih cari parking, aku ke lokasi yang diberitahu. Izzah kata dia tunggu aku di Secret Recipe (...dalam mata aku sempat juga beberapa kali dok melintas Choc Banana + Green Apple Kasturi ^_^). Tak sampai 5 minit - jap-jap, aku drive ke terbang tadi? -  muka Izzah dah ada di depan mata aku. Merah menyala matanya, begitu juga hidungnya nan mancung!

Atas meja bulat yang muat-muat dua orang dah terhidang 2 gelas Green Apple Kasturi & 1 slice Choc Banana Cake. Amboi, pandai Izzah beli jiwa aku *_*.

Aku: Tq, macam tau-tau je aku nak order air ni (sambil sedut air idaman hatiku)
Izzah: (...*sengeh paksa)

Aku: Hmmm...Eh, Aaron Aziz la...tenogk tu (dalam usaha buat lawak hahahaha)
Izzah: Mana? (sambil mata bulat yg merah menyala tu liar mencari 'Aaron Aziz')

Aku: Hehehehe...amboi ^_^
Izzah: Tak lawak, ok!

Aku: Sorry 0_0


Jeda...



Lepas beberapa minit layan perasaan, aku nampak Izzah kesat airmata dia dengan segumpal tisu. Alahai, rasa bersalah sangat. Aku selongkar bag sandar pelan-pelan, jumpa bungkusan tisu terus aku tarik keluar dan hulur kat Izzah. Dengan rakus dia sambar, terkezut beruk aku dibuatnya. Huis...teruk gak minah ni bila tengah emo. Ngeri dowh!

Izzah: Aku dah tak tahan dengan perangai dia, menyakitkan hati. Kau cakap bagi dia peluang, tapi dia macam tu juga. Sama je, makin teruk!
Aku:(minah ni tengah cerita pasal siapa eh...tetiba blur hahaha)

Izzah: Semua aku kena buat, dah macam hamba abdi dia pulak! Dia tak reti nak tolong aku, sayang sangat tenaga dia tuh!
Aku: (...ok2, aku dah paham skrg, dia tgh kutuk laki dia. Hmmm...again!!)

Izzah: Aku rasa, aku nak cerai je!
Aku: Kau dah habis pikir?

Izzah: Dah banyak kali aku pikir, tak larat nak pikir lagi.
Aku: Ok, mcm tu cerai je 'lah! (Nada suara aku cukup tegas kali ni...tapi bersebab, nanti aku story eh).

Izzah: (...bagai nak terkeluar bijik mata dia pandang aku lepas ckp mcm tu) Habis macam mana dengan aku? Anak-anak aku?
Aku: Tadi kau cakap dah habis pikir, so apa lagi aku boleh komen? Kau yang rasa, kau yang alami bukan aku. Kalau itu yang kau rasa dan tak boleh nak tanggung lagi. So, teruskan 'lah dengan apa yang kau pikir tu (...mesti korang ingat aku tak de perasaankan cakap kat kawan mcm tu...tunggu)

Izzah: Tapi aku sayang dia lagi, anak-anak aku pun perlukan dia.
Aku: (...senyum, perempuan memang 'banyak ragam' ...aneh-aneh 'kan, hahaha) Dah tu, kenapa sampai pikir tak ada cara lain selain bercerai?

Izzah: Aku geram, aku dah tak tahan. Dia tak reti bahasa, aku mengamuk sakan pun dia buat bodoh je.
Aku: Nasib baik dia buat bodoh, kalau dia lempang kau...dia terajang kau, mcm mana?

Izzah: Dia tak pernah buat mcm tu kat aku! Kau ni lebih-lebih pulak!
Aku: (...senyum, eh aku pulak yg kena) Banyak cara lain yang boleh kau gunakan untuk 'paksa' dia tolong kau. Cuba pikir matang sikit...pikir yang positif.

Izzah: Aku dah cuba, tapi tak boleh. Aku geram...sakit hati sangat kat dia.
Aku: Kau kena paksa diri kau sendiri. Paksa diri kau untuk bertahan dan usaha sampai berjaya.

Izzah: Mcm mana?
Aku: Setiap apa yang kita buat, biar ikhlas kerana Allah. Aku tahu, bukan senang jadi suri rumah sepenuh masa macm kau, banyak tanggungjawab. Tapi kau kena jadi lebih kuat, sabar dan cekal hati. Kau baru usaha tak sampai sebulan, tapi kau dah mengalah.

Izzah: Habis aku nak tunggu berapa lama? Kau tahu tak, sehari tu macam setahun! Apa lagi sebulan!
Aku: Sebab itu aku cakap sabar. Nak ubah manusia bukan senang, nak repair mesin pun adakala makan masa tau. Kau kena cari jalan yang 'dekat' dengan dia untuk ubah perangainya. Selain usaha, kau kena mintak dengan Allah. Terus doa jangan jemu...jangan sesekali!

Izzah: Aku doa hari-hari Nn, tapi sama je!
Aku: Macam aku cakap sebelum ni, Dia sentiasa mendengar permintaan hambaNya. Kau kena sabar dan yakin. Kau boleh mintak cerai, kalau itu yang kau nak, tapi kau bakal seksa diri kau sendiri sebab kau sayang dia dan anak-anak jadi mangsa ketidaksabaran kau!

Gambar hiasan-Mr Google
Kalau nak ditulis semua yang kami bualkan, maka akan panjang berjela la entry post ni. So, untuk dipendekkan cerita. Aku tempekkan tip yang aku bagi pada Izzah dan mungkin jugak berguna untuk korang yg 'memerlukannya'. Tip ni daripada Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali.

Petikan tip kat bawah ni korang boleh baca juga diblognya 'Resipi Hidup bersama Suzana Ghazali'. Selain topik suami malas, banyak topik lain yang dikupasnya. Pergi 'la melawati ^_^

"Saya akui memang payah nak ubah sikap suami apatah lagi oleh seorang isteri. Menyuruh suami berubah sikap memang akan dikatakan isteri bersikap kurang ajar. Walau rumit keadaannya, bukan bererti masalah ini tidak boleh ditangani dan untuk menanganinya, isteri perlu tabahkan hati, kuatkan tekad dan semangat dan ubah sikap menjadi seorang yang agak keras hati. Kenapa perubahan sikap ini perlu? Kerana dengan perubahan sikap anda sahajalah, anda mampu mengubah sikap suami anda, insyaAllah.

Setelah anda mengubah sikap anda, ubahlah pula cara anda berhadapan dengan suami yang malas. Perlu diingat, suami boleh menjadi malas kerana sikap isteri sendiri. Ada isteri yang terlalu memberi muka kepada suami. Suami nak kerja lebih masa tak diizinkan dengan alasan risau suami beralih kasih. Bimbang dimadukan, ada isteri yang sanggup melakukan dua hingga tiga kerja untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga. Memanglah satu hasrat dan kerja murni tetapi secara tidak langsung, sikap isteri ini menyebabkan suami akan rasa isterinya mampu memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga lebih baik daripada dirinya. Kalau dah begitu keadaannya, tak perlu lagilah suami bekerja. Bagi mengelakkan sikap begini berleluasa, isteri perlu lebih tegas dan berhati-hati ketika membuat keputusan. Sebagai suami yang pastinya seorang lelaki dan terkenal dengan segala kekuatannya, biarlah suami yang bekerja lebih teruk dan kuat daripada anda. Jangan kusutkan fikiran dengan kebimbangan kasih suami beralih arah. Percayalah, jika suami anda merasa betapa perit dan sakitnya menanggung seorang isteri, dia akan berfikir seribu kali untuk mempunyai isteri lagi.

Satu lagi sikap isteri yang perlu diubah bagi mengubah sikap suami ialah, jangan berikan duit belanja kepada suami walaupun suami memaksa. Perlu diingat, hasil pendapatan anda adalah hak anda sepenuhnya. Walaupun suami mengizinkan anda bekerja, ianya bukan tiket atau alasan untuk suami anda memeras duit anda. Jika suami mengambil atau menggunakan wang hasil titik peluh anda, ianya adalah hutang yang perlu dibayar oleh suami walaupun isteri tidak menuntutnya, lainlah kalau isteri anda menghalalkannya dan perlu diingat juga, halal daripada pihak isteri adalah halal dengan rela dan sepenuh hati bukan terpaksa. Saya faham, ada kes isteri terpaksa memberikan wang kepada suami kerana suami menggunakan kekerasan. Kalau isteri tak nak berikan duit, isteri akan ditempeleng dan disepak terajang. Jika kes penderaan seperti ini berlaku, jangan fikir panjang lagi, cepat-cepat adukan kepada pihak yang berkuasa. Tidak ada celanya jika isteri berbuat demikian. Kenapa nak simpati pada insan yang langsung tak berperikemanusiaan kepada anda?

Satu perkara lagi yang boleh dilakukan oleh isteri ialah, kenalpasti punca dan sebab suami enggan bekerja kerana tidak semua kes suami tidak bekerja disebabkan malas. Jika suami tidak sesuai dengan kerja yang ada, berikan dorongan dan semangat kepada suami untuk mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwanya. Namun, sebelum menyarankan perkara ini kepada suami, kenalpasti dulu apakah kerja yang suami anda suka dan tidak bosan melakukannya. Perkara suka dan gemar ini juga perlu ditangani dengan berhati-hati. Jika yang disukai suami adalah pekerjaan yang tidak menambah pendapatan keluarga, jangan biarkan suami dengan keseronokan sendiri. Ingatkan suami dengan tanggungjawabnya sebagai suami, mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Peringatan secara halus dan berhikmah.

Jika agak payah, biarkan suami dengan keseronokkannya sementara tetapi anda perlu berubah sikap. Jika selama ini anda menyediakan hidangan di rumah untuk anda, anak-anak dan suami, ubahlah pula pendekatan anda. Jangan beli barang-barang dapur. Biarkan dapur anda kosong tak berasap. Ajaklah anak-anak makan di luar. Jika suami bising tiada makanan, cakap saja makanan tak dapat disediakan kerana suami tak berikan wang belanja. Memang seperti menyerah diri untuk disakiti tetapi jika anda rasakan keselamatan anda tergugat, seperti yang saya tegaskan sejak awal, anda mampu cari jalan keluar.

Ingatlah wahai wanita, betapa besar dan tingginya kasih sayang anda kepada suami, jangan sampai anda menjadi hamba suami. Anda sepatutnya disara, dijaga makan minum, pakai dan lain-lain kemudahan untuk hidup di dunia ini, anda juga sepatutnya dilindungi… jika semua ini gagal anda perolehi daripada suami, apa gunanya lagi status sebagai isteri. Fikirkanlah..."

Khamis, 17 Januari 2013

Gulai Rebung dengan Udang...

Lepas kerja tadi, terus pecut ke Kg Bar - tengok member baru bersalin. Kendian gatal kaki singgah pasar borong Chow Kit, jumpa rebung segar terus rembat. Balik umah dengan gigihnya bikin gulai cili padi huhuhu *_*

Seperkara pasal gulai lemak cili padi ni, aku lebih suka guna kunyit hidup dan tumbuk dengan lesung batu. Memang guna blender senang kerja, tapi rasanya mcm kurang 'mari'. Tapi, Awas Lu!!! Apabila guna lesung batu tatkala menumbuk cili bersama kunyit dan bawang merah, kena hati-hati. Sat lagi kalau terpercik kat mata, meraung satu rumah hahahaha!!! (Senang jek, aku pakai spek hitam buat 'penghadang', bergaya sangat tumbuk cili pakai spek bagaikan wakakaka!!!)

Cakap banyak tak guna, nak tahu tahap kesedapan gulai ni, korang try la buat sendiri. Perghhh...makan paneh-paneh dgn nasi, lawan pulak dgn ikan kembung goreng...harus tak cukup 2 pinggan! Dah, jom layan gambar gulai rebungku ini hihihi.

Seperiuk gulai rebung utk diratah mlm ni..

Lain rasanya bila buat rebung segar dibuat gulai, ranggup dan tak berbau...

Rabu, 16 Januari 2013

Ramah & berilmu - Liyana Hashim (Pengacara Saffiya)...

Pagi tadi sempat buat sesi ramah mesra dgn pengacara rancangan Saffiya, Liyana Hashim. Seronok bersembang dgn dia, orgnya bukan saja cantik. Malah bijak berkata2 dan sgt la sopan. Kiranya, mmg ada ciri-ciri muslimah...pakej.

Macam-macam yang kami sembangkan termasuk soal berhijab. Kata Liyana, isu hijab kalau tak kena cara bole jadi sensitif bagi segelintir orang dan untuk mengajar wanita menjadi muslimah seperti mana yg diperintahkan olehNya, mesti ada 'pencerahan' yang baik. Dengan kata lain, jangan sekadar sebut hukum saja tetapi kena bagi 'pencerahan' mengapa Allah perintahkan wanita menutup auratnya.

Selain itu, Liyana juga kata dia bukan jenis mudah terpengaruh termasuk dari segi berfesyen. Dia memilih penampilan yg selesa dan 'menjaga' dirinya sebagai muslimah. Apatah lagi dia pengacara rancangan Islamik, so bertambah besar tanggungjawabnya.

...baguslah Liyana, semoga terus istiqomah. Suka bersembang dgn Liyana ni, sopan dan lemah lembut. Hujannya juga menarik, maklumlah dia sedang mendalami ilmu psikologi (master). Sejuk perut mak mengandungkan Liyana, cantik...bijak...berbudi pekerti mulia. Tahniah Liyana hehehe ^_^. Eh, btw jgn lupa baca cerita selanjutnya mengenai Liyana Hashim dalam Majalah Jelita di ruangan Seni Hibur ok.

Liyana Hashim ada pakej menarik dan tahniah kerana sedang mengandung 2 bulan ^_^

Liyana bersama penerbit rancangan Saffiya musim ke-3

Liyana ceria dan petah bercakap ^_^



Festival kuda bertaraf antarabangsa...

Siapa suka kuda? Kalau suka bole layan news ni sekejap, projek ni kengkawan bikin. So, sajalah bagi sokongan moral kat blog aku yg so comel ni kan ^_^.

Festival Kuda Bertaraf Antarabangsa, cukup bangga mendengarnya. Tambah bangga apabila anak Melayu yg mengelolakan projek hebat ni. Acara besar ni bakal membabitkan 1,000 ekor kuda dan diadakan di Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan. Khabarnya, festival yg julung2 kali diadakan ni bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records. Maklumat detail, korang bolek baca keratan akhbar kat bawah ni or 'jenjalan' ke web www.ifohm.com




Ayuh...kita berkuda di Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan