.

Ahad, 12 Julai 2009

Ape ke hal....



Balik dr lepak dgn Zarul di Syed Bistro td, aku sambung baca novel…teruja nk tau apa kesudahan ceritanya. Itulah salah satu keburukan perangai aku, jrg nk bersabar dan yg bestnya ramai yg tegur perangai aku.

Di mata mereka, kononnya aku ni sgt la penyabarnya…oh tidak, nampak pada zahirnya mungkin dan mungkin jugak sebab aku jenis suka pendam dlm hati tp sekali meletup aku sure mesti ada yg ingat sampai mati…huahuahuahua…dek kerana itu, aku selalu kawal diri drpd meletup. Sebb itu derang pk aku ni penyabar kot.
 
Novel berjudul Setia Menanti selamat qhatam 3jam seblm azan Subuh. Anehnya aku x rasa mengantuk walaupun otak dan badan penat bukan main. Sebenarnya aku jugak takut terbabas, nanti Subuh ke mana aku entah ke mana. Jln selamat, tidur selepas solat Subuh!
 
Dalam tempoh 3jam tu, aku pun belak2 la brg2 aku yg bertimbun dan kebanyaknya buku, majalah, dan komik (termasuk Ujang). Ke hulu ke hilirlah aku berkemas sampai rasa nk tercabut pinggang. Lastnya aku solat Subuh jam 6.40 pg.

Lepas solat aku sambung berkemas lg…entah gila apa mata ni x mau pejam selagi x habis kerja. Itu jugak salah satu daripada perangai aku sejak zaman study sampailah dah keje. Susah nk ubah.

Akhirnya jam 8 pg siap jugaklah kerja-kerja mengemas dan lepas mandi terus rebahkan badan. Huh seluruh tubuh rasa lengguh yg amat sgt…dan aku sempat gelak dlm hati sambil berseru pd diri sendiri… “Anis…Anis…Anis.. ape ke halnya ko ni…”

Sabtu, 11 Julai 2009

Hari yg malas...

Sepanjang ari ni aku x ke mana2, malas rasanya nk keluar rumah dan kebetulan cuaca sgt panas di luar sana. Jd aku selera melepak di rumah sj, bertemankan 2 buah novel yg aku pinjam drpd Farah (member opis).

Sebuahnya dah aku langsaikan mlm td, maklumlah ari ni tak kerja dan x ada tugasan di luar. Jd aku sengaja bersengkang mata membaca dan terus membaca hingg ke helaian terakhir.

Puas! Ya krn dah lama aku tak jd hantu novel. Hampir setahun aku x sentuh apa2 novel sbb aku berniat nk habiskan karya aku tanpa dipengaruhi bahasa, idea dan kisah penulis lain. Malangnya masa terlalu sedikit. Hinggakan aku berasa inginkan lebih lagi…bolehkah aku memohon 8 ari seminggu???

Tepat jam 2.34 ptg, perut rasa pedih dan berpoco-poco minta makanan…huhuhu tp aku terus bermalas-malasan dan hanya memujuk perut dgn maggi cup perasa kari…hahahaha
Jam 5 ptg usai solat Asar, aku gagahkan kaki ke Giant yg terletak x berapa jauh dr rumah. Tp dek kerana malas, yg dekat pun berasa jauh. Di Giant, aku beli roti dan teh o ais (tgk air pun aku tapau…malasnya…), kemudian terus balik sebab x ingin pun nk berlama-lamaan di dalam pasar raya tu.
 
Sampai di rumah, Kak Tipah call. Katanya suami dia buat hal lg dan sudah 4 ari x balik rumah. Suaranya yg syahdu membuatkan aku x jd masuk dlm rumah, sebaliknya terus bergegas ke rumahnya di Pandan Cahaya (KL).
 
Di rumah Kak Tipah, aku tgk keadaan rumah tak terurus…anak2nya yg seramai 4 org riuh rendah dgn hal masing-masing, membuatkan aku rasa sesak otak seketika. Kak Tipah pulak terus memerah air mata, tubuhnya yg semakin berisi dan berpakaian ala kadar membuat dia kelihatan comot…selekeh…padahal Kak Tipah cantik orgnya.

Awal perkenalan aku dgnnya, aku cukup kagum krn Kak Tipah suka melawa dan sentiasa harum semerbak. Tp entah kenapa selepas kahwin dan beranak pinak, lain pulak jd nya….
Aku berada di rumah Kak Tipah hingga jam 9 mlm, mendengar curah hatinya yang x kunjung sudah. Kalau boleh dia mahu aku bermlm di rumahnya, tetapi aku menolak kerana aku kurang gemar bermlm di rumah org…(kakak aku pun selalu membebel sebab aku payah sgt nk tido di rumahnya…)

9.30 mlm aku sampai di rumah, otak dan badan letihnya sama naik. Baru sj berhasrat nk mkn dan berehat, tiba2 temanku Zarul ajak minum2. X sampai hati pulak hendak menolak lg pun sudah lama benar aku x bersembang dgnnya. Kami ke kedai mamak, tempat biasa kami selalu lepak.

Byk yg kami bualkan termasuk ‘kemalangan’ yg aku lalui awal minggu ini. Dan dia seperti biasa byk cerita dan khabar baru, ada masanya dia menjadi pendengar setia dan ada masanya pulak aku yg mendengar…begitulah kami.

Jam 1.30 pg kami beredar walaupun banyak cerita yg nk dikongsikan bersama. Tpkan esok masih ada…dan esok aku sambung lagilah cerita ni ya…skrg nk tido…

Jumaat, 10 Julai 2009

Sentap...


Ada beberapa kerat org di sekeliling aku ‘sentap’ dgn kebisuan dan kesendirian aku sejak peristiwa dua ari lepas. Aku tak kisah kalau mrk enggan cuba memahami situasi mengejut yg sdg aku lalui…aku x peduli, kerana aku sedar sampai bila2 pun mrk x kan mengerti sifatku yg unik dan bercampur baur ini.

Cuma sadisnya aku merasa ‘kehilangan’! Hilang rasa ingin memahami situasi di sekelilingku jugak. Aku selesa membiarkan saja apa pun spekualasi sekeliling kpd diriku, lantaklah…andai itu boleh membuat mrk rasa puas dan tenang hati, silakan.

Lalu detik2 yg berlaku aku tinggalkan dgn hati bersahaja, enggan membiarkan semua itu berbekas di hati krn aku sedar mana mungkin org lain mahu memahami gejolak dunia batinku.

Tambah pula dgn cara yg aku ambil, memboloskan diri dari jln yg mrk fikir sudah terpesong dan menyimpang. Ah pedulikan saja! Selama ini juga aku sudah terbiasa sendiri, melalui segalanya sendiri…itu dunia asalku.

Mlm td, kuhamburkan segalanya kepada DIA. Dicelah2 nafasku, ada keyakinan bermastautin. Biar apa kata mrk, biar apa sudut pandang yg ingin mrk gunakan…aku redha…kerana aku bukan mrk dan jauh sekali, mrk juga bukan aku. Namun aku tetap menyayangi mrk…mahu menerangi kehidupan mrk ibarat matahari yg selalu ada di dunia manusia…

Isnin, 6 Julai 2009

Ya Allah...


Ari ni jadual hidup aku berubah 100%! Bagaikan kepala di bawah dan kaki pulak kat atas. Tragis sgt rasanya. Bermula 1.30 tghari sampai jam 3 pg keesokkan harinya aku masih berasa susah nk percaya apa yg terjadi pada aku.

Mana taknya, selama 12 tahun bergelar penulis dan wartawan belum pernah berlaku barang2 peribadi aku hilang di tempat bertugas. Ini kali yg pertama, byk sekali kekeliruan yg ada dlm kepala ni, tp syg sekali tak mampu aku zahirkan dgn kata2.

Kata teman2 terapat, bertenanglah…jgn gundah & gulana. Tp sygnya aku tak mampu! Bukan kerana angkuh, bukan juga kerana tamak…ah sukarnya nk aku jelaskan. Yg pasti kehilangan itu menyakitkan aku. Aku berasa sgt teraniaya dan yakin ada sesuatu yg tak kena t’lah terjadi. Tp siapa yg mengerti, kecuali DIA.

Dan dlm zikir, seketul hati ini terus mengharap dan merintih agar harapan untuk aku menemui semula apa yang diambil daripadaku, masih ada. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinNya. Amin!

Selasa, 23 Jun 2009

Bluesss time...


Hari nie sengaja amik cuti ganti, byk ari lg x amik so aku gunakan peluang nie 'tuk rehatkan kepala otak. sambil2 tu mlm semlm aku memunggah 'harta2 karun' tuk dikemaskan, plan nk pindah tp masa x sesuai so aku berkemas sj la dulu...

Sambil dok berkemas, aku layan citer korea ni...aceli dh habis tgk 3 kali citer ni, tp disebabkan citernya ala2 boleh layan & aku pun sgt2 la menyukainya so aku layan buat kali ke-4 (ada aku kisah brp byk kali tgk...huhuhuhu...)

Citer ni (sila rujuk gambar eh...), rasanya kalau sape2 peminat citer korea sure pernah tgk citer ni kat tv. aku x tgk sirinya di tv, aku tgk dvd yg dibeli kat Jakarta 2thn lepas...sgt bebaloi beli dvd ni...

Citernya lucu, dari awal asyik gelak sampai beringus hidung. tp bila sampai pertengahan & penghujungnya mula la sayu hati...kejila pengarah citer ni...apa pun aku tabik dgn derang sebab berjaya hasilkan citer best camgini...

Selain lakonan mantap...makwe & pakwe dlm citernya semuanya cute2, otak giler2 ...sesungguhnya best la (sori ar sj nk promosi citer ni, walaupun x de pekdahnya...ada aku kisah...)

So mlm td sampai tgh hari aku dok pulun citer ni...pelik kan amik cuti semata2 nk layan dvd....(matilah kena maki ngan editor aku...larikkkkk).

Jumaat, 19 Jun 2009

Penuh emosi...


Bila bercakap main hembus sj, mana nk pk perasaan org lain kan...itew la situasi yg dihadapi geng2 aku yg asalnya plan nk p cherating, pahang...tp last minute plan kami kena caras dgn alasan yg sgt3 x munasabah!!!

...dan aku mmg sgt x paham bila masih ada individu yg meletakkan emosi di depan akal...emo la jdnya kan...

Maka aku and the geng pun menjadi sgt emosional menghadapi ketidaktelusan itu...

Tp apa nk buat, aku and the geng2 hanya mentimun...x ada apa yg mampu kami buat kecuali pasrah sj...dan terus berharap esok masih ada...

Huh...moga bila esok itu muncul hati yg penuh emosi itu dilembutkan Tuhan...Aminnn

Selasa, 2 Jun 2009

Mcm2 hal ada...


Cukup lengkap penderitaan aku ari ni, mcm2 hal jadi...dari soal pakaian, mekap artist terbabas bangun tido...lokasi shooting problem (kononnya aku salah faham dan derang x hepi dgn konsep yg aku nk buat, walaupun pada dasarnya sudah kujelaskan awal2 apa yg aku nk buat di lokasi itu...alasannya, mrk pk aku sudah paham konsep derang...oh Tuhan, apa yg berbelit-belit dan terbelit ni...)...

Arghhh...sampai aku sempat tobat dlm hati next time aku x kan lagi wat plan shooting out door apa lg kalau terpaksa mengadap manusia2 yg x reti nk amalkan ruang kerja secara profesional.

Dlm sadisnya emosi aku hari ini, senyum terpaksa jugak diukir demi menjaga hati org2 sekeliling...hati aku sendiri ya ampun Tuhan sj yg mengerti

Apa pun aku x putus semangat, aku sedar ini semua dugaan dlm melaksanakan tugas. lagipun bukan sehari dua aku buat kerja shooting2 ni...dh 12 thn aku bergelumang dalam kerjaya wartawan...mcm2 'penyakit' aku dh lalui...redha sj la kerana aku percaya walaupun hasilnya bukan yg terbaik atau no 1, yg penting aku ikhlas melakukannya...

...dan utk sekian kalinya, aku jumpa lg 'penyakit' baru...penyakit bodoh sombong & perasan bagus...

Jumaat, 29 Mei 2009

Ari yg teruk...


Lepas keje, aku & the geng plan lepak & mkn2 kat kg baru...aceli aku ada plan lain, kebetulan sepanjang ari ni aku rasa emosi sgt tp x de air mata yg nk ditumpahkan. aku mmg mcm tu, kalau dah sarat sgt perasaan, air mata pun x sudi nk keluar.

Masa geng2 call, aku ada kat kl sentrel...pujuk punya pujuk aku p gak la ke kg baru...otw naik lrt ke kg baru aku dpt call drpd budak umah, katanya rumah sewa kami dimasuki org...masa tu Tuhan je tahu perasaan aku & benda pertama yg terlintas kat depan mata aku tentunya PC aku yg sgt mahal itew...

"Dik brp apa yg hilang..."

"Xsempat check ar kak, tp tgk mcm biasa je..."

"PC akak ada?"

"Emmm...ada, elok je mcm biasa kat ruang tamu..."

Huh...lega!!!

Walaupun perasaan masa tu kacau bilau aku terus gak ke kg baru sebab geng2 dh tunggu, tak baik pulak nk tukar plan... cerita seterusnya, sok la aku cerita....gua stresss la...kejila mangkuk ayun yg masuk umah sewa aku tu...

Isnin, 30 Mac 2009

Pok Hang ku beringus vs Talentime...

Sampai ke sudah, aku x berkesempatan jugak nk tgk filem ni. Kata kengkawan, termasuk Pok Hang...citer ni sgtlah menyentuh hatinya (walaupun dia bukanlah peminat filem2 Yasmin), cuma dia ngaku x leleh ayak mata je sedangkan memember sebelah dah beringus-ingus...
Aku tanya Pok Hang, apa yg best benar...jawabnya maintain jek...(Beb...tgk sendiri...rasailah sentapan perasaan itu...ewah-ewah...)

Sayang, aku x dak peluang. Nampak gaya kena tgk cd jek la...emmm layan ka?


Sinopsis
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh.

Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.
Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak.

Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu.

Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.

Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah.

Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri.

Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya?

Di malam Talentime, segalanya terungkai.

Sabtu, 14 Mac 2009

Aku, dia & kamu di Belum Rainforest Resort...






Seronok dlm kepenatan...maklum le mkn angin sambil bekerja, bila otak bekerja badan pun rasa penat. Apa pun selama 3 hari 2 mlm di Resort Pulau Banding, ia suatu pengalaman yg sukar nk aku jelaskan dgn kata-kata. Meredah hutan dan pulau2 kecil sekitarnya buat otak rasa lapang...x percaya, pergilah dan rasai sendiri. Di tgh2 keindahan ciptaan Tuhan itu, aku rasakan betapa kerdilnya diri ini...betapa DIA Maha Kaya...Maha Sempurna...Masya Allah...



Info(dr pelbagai sumber):
  • Pusat eko pelancongan terkemuka ini menjadikannya sebagai pintu masuk utama atau ‘Gerbang Ke Alam Semulajadi’ terunggul.
  • Kompleks Hutan Belum Temenggor merupakan khazanah alam semulajadi yang meliputi kawasan seluas 300,000 hektar yang dikelilingi air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar, hutan simpan, hidupan liar, flora dan fauna yang dipelihara dan diurus dengan baik supaya generasi akan datang dapat terus menikmati keindahan alam.
  • Ia terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum.
  • Kawasan ini adalah antara kawasan hutan hujan tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika.
  • Dari keluasan Kompleks Hutan Belum Temengor ini, hanya Taman Negeri Diraja Belum berkeluasan 117,500 hektar yang diberikan status sebagai Taman Diraja pada 31 Julai 2003 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan digazetkan sebagai Taman Negeri Diraja Belum pada 3 Mei 2007.
  • Bagi memastikan keindahan yang tidak ternilai terus dipelihara, Kumpulan Emkay memajukan Belum Rainforest Resort dan Pulau Banding Rainforest Research Center untuk menjadikan Pulau Banding laluan keluar masuk ke alam semulajadi.
  • Belum Rainforest Resorts adalah kemudahan infrastruktur untuk pelancong dan Pulau Banding Rainforest Research Centre adalah satu lagi pusat penyelidikan dalam bidang bio-diversiti dan pharmaseutikal.
  • Daerah Hulu Perak memiliki alam semulajadi dan Hutan Diraja Royal Belum kaya dengan biodiversiti hutan tropika yang telah berusia 130 juta tahun.
  • Ia merupakan projek pelancongan yang amat bernilai jika dibangunkan secara holistik dengan memastikan bahawa khazanah negeri terus terpelira.
  • Projek ini dilancarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlah Shah pada 9 Julai lalu.
  • Bagi merealisasikan projek ini, Kumpulan Emkay, yang diterajui Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar selaku pengerusi, telah melabur jutaan ringgi bagi menaik taraf kemudahan penginapan kepada 70 buah bilik bertaraf tiga hingga empat bintang.
  • Ia adalah salah satu daripada lima fasa pembangunan Pulau Banding bagi tempoh 10 hingga 15 tahun.
  • Resort ini lengkap dengan kemudahan tambahan seperti Restoran Hornbill, bilik mesyuarat, surau dan kemudahan serta pakej rekreasi ke Kompleks Hutan Belum Temenggor serta jeti yang menempatkan beberapa buah bot dan sebuah bot penyelamat.
  • Kumpulan Emkay melalui Yayasan Pulau Banding turut menjalankan kajian bagi pemuliharaan hidupan akuatik di Tasik Temenggor terutamanya bagi pembiakan anak benih ikan kelah dan temoleh yang semakin pupus ekoran pembalakan tidak terkawal di kawasan tersebut.
  • Projek ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan melantik Usains Holdings untuk membuat kajian bagi mengatasi masalah kepupusan spesies ikan di Tasik Temenggor yang menjejaskan kehidupan dan pendapatan masyarakat Orang Asli di sini.
  • WWF Malaysia pula menjalankan kajian terhadap bilangan harimau yang masih wujud manakala penyelidik daripada FRIM mengkaji tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan hutan itu masih terpelihara untuk digunapakai apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan di kawasan lain.
  • Dengan adanya kajian perintis ini, ia diharap akan menggalakkan kedatangan lebih ramai penyelidik dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan terhadap kepelbagaian khazanah alam yang terdapat di Kompleks Hutan Belum Temenggor demi manfaat manusia sejagat.

Rabu, 11 Mac 2009

Nak tgk apa sebenarnya...



Tak sure...kalau aku berpeluang tgk citer ni apa fokus sebenar aku... pelakonnya... ceritanya... muzik...or tari...tp 2/3 kerat kengkawan aku kata, depaorg nk tgk tubuh sasa Samuel Rizal...'geletisnya' Nani (Sharifah Amani) dlm citer ni. Aku x pasti pulak part mana geletisnya Nani, sebab dia dgn selambelen memeluk Samuel pujaan depaorg atau mmg ada aksi geletis-geletisan dlm tu. Apa pun, aku tgh mencari waktu nk tgk citer ni. Kalau x dpt pun ok je, x de la rasa sadis pun...


Sinopsis

Mia ialah seorang gadis yang begitu obses dengan tarian hip hop. Tapi bagi beliau adalah cukup mustahil untuk merelisasikan impiannya itu. Tapi semua itu berubah apabila hadirnya Remi dalam hidup beliau. Remi adalah seorang penari yang cukup berbakat dan berjaya menawan perhatian Mia. Mereka berdua disertai bersama Dafi dan Robby yang juga turut mahu merelisasikan impian mereka bersama dengan menyertai pertandingan tarian seluruh negara itu. Dengan begitu hampir memenangi pertandingan tersebut bapa Mia cuba untuk menghentikan segala cubaan Mia dalam bidang tarian ini termasuk cintanya terhadap Remie. Dengan kepercayaan mereka yang teguh kumpulan mereka hampir memenangi pertandingan tersebut sehingga Remie secara mengejut rebah di lantai...

Jumaat, 6 Mac 2009

Kata-kata...


Aku selalu bising sendiri, konon belum cukup sibuk dan aku selalu tensen bila org lain huru-hara dgn kesibukan tapi aku dok maintain jek. Susah betul hati aku dibuatnya, dan aku dikatakan pelik sbb ade pemikiran mcm tu. Sungguh, aku jenis x reti nk duduk diam. Tensen kalau x ada benda nk difikir dan nk dikerjakan.

Dan sebulan yg lalu (lepas beberapa bulan bising nk jd manusia sibuk), akhirnya ‘permintaan’ aku termakbul. Februari berlalu begitu pantas. 28 hari tak terasa, sampai aku terkezut beruk bila ‘tiba-tiba’ jek dah masuk bulan Mac. Oh... sungguh, tiba-tiba jek aku jd manusia super busy... berlambak-lambak assignment & artikel nk disiapkan, sebulan tu aku kerja mcm org gila...balik rumah terus pengsan, kadang pengsan dgn baju kerja sampai ke pagi...masya Allah, buruk perangai aku, kan!!! Lantak lah...x ada sapa nk peluk cium pun...(sebab tu bantal busuk aku jd busuk...hahahahaha).

Apa pun, aku hepi...dlm tensen aku tetap hepi. Tak kisah la org lain nk kata apa, gila kerja ke...gila duit ke...ada aku kesah? Lantak koranglah, kalau aku gila duit pun bukannya aku gilakan duit korang...hihihihi

Aku harap, semangat yg aku ada blh layan kesibukan ni. Walaupun tak lari bidang, songeh &n sengelnya susah nk diterima akal sihatku...tp insya Allah. Moga Allah SWT., berkati usaha & kesibukan ini. Dan insya Allah, Subuh aku bukan ‘Subuh Gajah’ lg...

Ahad, 1 Mac 2009

Aku & 'wanita'...

Aku tgk atas-bawah...kiri-kanan...secara logiknya aku mmg pempuan, tp knp org selalu ckp aku x mcm pempuan...ok fine, aku mmg x reti nk melaram ngan baju kurung, kebaya pendek or skirt...gaya aku setiap hari (biarpun ke tmpt keje) 'anak jeans', aku x blh buat keje tanpa jeans...rasa serabut...rimas...lemas + geli-geleman..

Mungkin sbb keadaan tu wat derang ckp aku bukan pempuan sejati...tolonglah...aku pakai apa yg aku selesa...dan aku tak mampu nk pakai gaya yg bukan utk diri aku, aku x mampu nk bawak...jiwa aku terbang entah ke mana...mmg problem!!!

Tp aku selalu yakin, aku adalah pempuan yang lengkap dgn perasaan keperempuaan...serba serbinya lengkap! Walaupun dok lu-gua...gua-lu, tp tu x bermaksud aku ni bukan pempuan...ok! Knp aku bukak cerita ni, pasal semenjak dua ni ramai sungguh yg dok hasut aku supaya jd lebih feminin...aku garu kepala, perempuan tu mesti pakai baju kurung or skirt ke? Kalau x pakai x nampak feminin ke?

Tu pemikiran deranglah...aku x kesah, asalkan aku selesa sudah. Kadang terpaksa juga 'jd org lain'. Mmg x seronok...mmg rasa hipo'...sedangkan aku x reti nk jd manusia jenis itu!!

Isnin, 16 Februari 2009

Serba baru...


Ari ni secara rasminya aku brd di tempat keje baru, kawan-kawan baru, editor baru & bos baru...pendek kata serba barulah. Team baru aku terdiri drpd Kak Ema Husin, Kak Azeda, Yam & Kak Haizan. Juga kengkawan di dpmt bersebelahan (Suzie, Ct & AnisNur) dan grafik (Shima, Chot, Wan & Fred)

Pandangan aku terhadap mereka? Hmmm...masih sgt baru, walaupun ada antaranya aku selalu terserempat waktu bertugas. Kak Ema dan Kak Azeda dh lama aku kenal, 10 thn lalu aku dh kenal mereka...kira bolehlah faham serba sikit perangai mrk berdua. Dan aku sedang mengenali yg lainnya...so far, x ada problem...sebab yg ptg pd aku adalah kerja. Selagi x mencampurkan hal peribadi dgn kerja, kira oklah...under control'lah.

Kekok? Terasa jgk...tp aku buat x layan je perasaan tu walaupun nyaris mentel awalnya (hal-hal teknikal, rasanya x payah aku cerita kat sini kan...ala2 kisah dlm kelambu gituh, so x baik kan citer kat org luar kelambu kan...huhuhuhu)!

Hari pertama yg serba baru dan pertamalah...semoga semuanya diberkati Tuhan. Semoga semua dpt terima aku dgn baik, tanpa prasangka...sbb aku x suka berprasangka pd org...hidup ni singkat sgt, buat apa nk semakkan kepala dgn hal2 yg memeningkan kepala...so layanzzz...!!!

Jumaat, 13 Februari 2009

'Harta karunku'...

Sepanjang mlm aku terpaksa berjaga, gara-gara timbunan 'harta karun' aku diserang anai-anai. Sadis sungguh! Perasaan aku, sgt marah...apalagi bila tgk semua 'harta-harta' tu habis jahanam & x dpt nk ku selamatkan lg...

Harta karun yg aku maksudkan, buku-buku, kamus, magazine & cd2 (yg aku dpt sepanjang bertugas sebagai wartawan-10 thn aku simpan, bykkan byk mana). Tp aku mengakulah, mmg silap aku sebab simpan benda2 begitu dalam kotak kertas jek. Patutnya, aku simpan dlm kotak plastik...tentu selamat dr serangan anai2 tu...

Mlm tu, aku berjaga sampai jam 6.45 pg...aku berhenti mengemas (walaupun belum selesai sepenuhnya, tp aku dh ke tepikan sebelum ada mulut2 puaka berbunyi...), utk solat subuh. Kemudian terus 'pengsan'. Aku x sedar apa2 lg. Jam 11 aku tersedar & terus bangun walaupun masih mengantuk dan kepenatan.

11.30 pg, aku sambung mengemas. Buntu sebab x tau nk simpan di mana brg2 tu. Lastnya...aku ke Giant, beli kotak plastik...beli 3 kotak...hemmm. Jam 3 selesai semuanya. Sakit2 badan aku mengerjakan semua tu. Aku jenguk ke luar rumah...ada lebih 10 plastik hitam yg penuh dgn 'harta-harta'ku yg musnah...sedihnya, Tuhan saja yg tahu....

Jom nonton 'GENG'...


Anak buang aku bising...dok ajak aku bawa derang p tgk mubi ni...dh aku pun buat janji air liur (bukan air liur basi, ok), sambil pk bila masanya aku berkesempatan nk bawak derang p tgk...coz kebetulan aku dihimpit masa yg cukup suntuk...maafkan Umie ye, nanti kita cari dvd dan kita pakat nonton sampai lebam...

Sinopsis

Bosan bercuti di rumah, Badrol mengajak kawan karibnya Lim untuk balik ke kampung Datuknya untuk merasakan suasana musim durian. Tetapi percutian mereka telah bertukar menjadi satu pengalaman yang tidak disangkakan, dimana mereka telah terlibat dengan pembongkaran misteri yang menyelubungi kampung datuk Badrul.Bersama kawan-kawan baru mereka, Rajoo si pembisik haiwan, Ros si gadis kampung, dan adik kembarnya Upin dan Ipin, mereka bekerjasama untuk mendedahkan rahsia yang menghantui kampung itu.

Isnin, 12 Januari 2009

Oh Palestin...



Palestin, Jangan Kau Menangis

Tak siapa yang bisa memahamimu
Melainkan dia yang mengenalimu
Biar teman semesra isi dan kuku
Apakah lagi mereka yang mata hatinya buta…hijab dunia

Perang yang ini tak mungkinkan terhenti selagi masjid Al Aqsa berdiri
Perang yang ini tak mungkinkan terhenti jangan kau cuba bermimpi
Ini sabda baginda yang pasti terjadi
Oh Palestin jangan kau menangis…menangis…ooooh…oooo

Sangka dalam hidup mencipta kekalutan
Sehingga tiada ruangan kedamaian
Biar apa alasan kau berikan mereka tetapkan memusuhan
Ini sabda baginda yang pasti terjadi
Jangan kau menangis

(Album Hattan: Palestin Jangan Kau Menangis-2002)

Khamis, 1 Januari 2009

Hukum alam


Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya....

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan...

Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman...

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya...